Bersama Berjuang

Monday, April 4, 2011

SUKARNYA OTAK PEMBANGKANG MENILAI MAKSUD "KEADILAN"

Hairan bin Ajaib... itulah gambaran terbaik untuk kita nilai tahap "fairness" puak-puak Fuckatan dalam isu video seks lelaki Y.  

Kita masih ingat akan kejadian video Linggam, yang dijadikan modal politik terbaik kepada pembangkang.  Setiap ceramah mereka, isu ini hangat dilaungkan.  Periksa lah kembali media pro fuckatan, malaysiakini, haramkah, suara keldaian dll.  7 hari 7 malam memainkan isu yang sama.  

Video seks Chua Soi Lek tidak kurang hebatnya.  Dihentam BN kanan dan kiri, sama rata sama rasa, depan belakang sama saja.  Habis dilanyak.  Tiada ruang untuk bernafas.  

Isu TBH juga melihat juak2 PAS membawa poster mendiang di PRU, menjual kononnya "konspirasi" telah berlaku di atas kematian TBH.  Walhal, TBH adalah saksi utama penyelewengan ADUN Selangor dan kematiannya sgt menguntungkan ADUN tersebut kerana SPRM tidak dapat meneruskan siasatan!!!

Tahniah kepada Fuckatan kerana tidak memberi ruang kepada kerajaan.  Desakan mereka untuk diadakan Suruhanjaya Siasatan Diraja akhirnya dituruti.  Hari demi hari desakan ini akhirnya membawa kepada penubuhannya.  Tiada masalah untuk kerajaan , kerana suruhanjaya ini bertujuan untuk memberi peluang agar kesahihan dan kebenaran dapat ditampilkan. 

Skrg, timbul pula isu video yang dikaitkan dengan Brader Anwar Bin Ibrahim (B.A.B.I).  Ibarat tsunami melanda, kes ini mendapat liputan media antarabangsa.  

Apa yang membezakan antara kedua-dua senario di atas ialah tiada kedengaran suara Fuckatan untuk menuntut Suruhanjaya siasatan terhadap video ini.  Juak-juak pembangkang secepat kilat melabelkan bahawa ini adalah fitnah terbaru BN.  Lebih melucukan, ada suara-suara yang menyalak sebenarnya tidak pernah menonton video lagi!!!

Mengapa mereka takut untuk mendesak Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan?  Bukankah atas dasar kebenaran, seperti yang mereka laung-laungkan, maka penting untuk kita tubuhkan suruhanjaya ini?  

Begitulah kompleksnya otak pembangkang untuk menilai maksud "keadilan".

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...