Bersama Berjuang

Thursday, March 31, 2011

PILIHANRAYA SARAWAK: TUN DAIM BERI PERINGATAN KEPADA BN!


Keupayaan Tun Daim sebagai think-tank tidak pernah GT ragui.  Berada dalam kerajaan dan pentadbiran Tun M yang membawa Malaysia ke satu level yang sangat dihormati, beliau telah melihat pelbagai kisah suka duka sebuah negara bernama Malaysia.

Terbaru, Tun Daim menjangkakan bahawa BN mampu menang dengan majoriti mudah, namun beberapa kerusi bakal "terbang" ke tangan pembangkang.  Ini merupakan satu "amaran" kepada jentera BN agar bekerja kuat untuk memastikan kemenangan BN di Sarawak.  Seharusnya, ia menjadi cabaran kepada BN, ambil ia dari sudut positif. 

Jgn pandang mudah kenyataan beliau ini kerana sebelum ini beliau telah meramalkan kejatuhan beberapa buah negeri sewaktu PRU yang lepas dan anda sendiri tahu keputusannya.

Seharusnya, BN Sarawak harus mengambil perkara ini dari sudut positif, dan jadikan ia cabaran supaya dapat memenangi pilihanraya Sarawak dengan majoriti besar.  

Ayuh orang Sarawak, sahut dan terbalikkan ramalan dari Tun Daim demi kesejahteraan semua!!!

GT ada menulis tentang Tun Daim mengingatkan supaya BN jangan dibuai kelekaan kemenangan di PRK - PRK sebelum ini,  KLIK SINI

PERMOHONAN GERAN RM2.5 JUTA OLEH NAMAWEE BABI DITOLAK!


Kerajaan menolak permohonan penyanyi rap kontroversi yang juga pembikin filem, Namewee untuk mendapatkan geran RM2.5 juta dari Dana Industri Kreatif, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.

Kata Rais, permohonan itu tidak boleh dipertimbangkan kerana pengarah filem, penulis lakon layar dan pelakon, Namewee, terlibat dalam aktiviti yang bertentangan dengan norma dan nilai-nilai masyarakat Malaysia.

Tahniah kepada Rais Yatim kerana membuat keputusan yang tepat.  Tak perlu layan anak haram nih...

HADI AWANG.... SEMUDAH ITU ANTA MEMBUAT KEPUTUSAN???


Ana tidak sangka begitu rendahnya pemikiran logik akal Hadi Awang.  Ana selalu mengganggapnya golongan ulama'.  Namun rupanya dia pun terpaksa tunduk mengalah kepada Anwar.  

Dia tidak pernah cuba mendengar dari kedua-dua pihak.  Dia membuat keputusan berdasarkan keuntungan politik semata-mata.  Apa prinsip Islam?  Dgr dari kedua-dua belah pihak.  Namun bukan Hadi Awang.  

Kalau perkara asas begini pun tidak mampu untuk seorang pemimpin amalkan, bagaimana pula penganut2 PAS? 
PAS yg jauh cukup kuat jenteranya terpaksa tunduk terhadap PKR.  PAS yang cukup konsisten dalam perjuangannya terpaksa tunduk terhadap DAP.

Sia-sialah perjuangan PAS selama ini.  Andai pejuang-pejuang awal PAS masih hidup, pasti mereka menangis melihat kedangkalan Hadi Awang berpolitik.  

Hadi Awang berdiri di pentas untuk mempertahankan seorang munafik, manusia jijik yang telah mengotorkan bumi Malaysia.  Bermuka-muka dan menyesatkan ummah, itulah DAJJAL!

Hadi Awang telah mengakibatkan perjuangan PAS menjadi sia-sia.  Selama berpuluh tahun PAS berjuang, ingatlah saudara bahawa saat dia berdiri di pentas untuk kali ini, Presiden PAS, Hadi Awang  bakal membawa PAS ke lembah yang paling hina. 

Ya sheikh Hadi Awang, nasihat ana, bersolatlah hajat untuk mencari kebenaran dalam isu ini, bukan skadar solat hajat melindungi diri dari fitnah. Jgn takut berhadapan dengan kebenaran.

Sahabat, ana mohon doa dari kalian, agar kebenaran itu diizinkan oleh Allah untuk ditampilkan!  Insyaallah...

ANWAR MENGAMUK!!! AKAN MUNCUL PULA VIDEO UH AH NYA DI THAILAND???

Difahamkan Anwar mengamuk sakan!  Sebabnya GT tidak pasti.  Ronda-ronda di Internet, GT terbaca sesuatu yang mgkin menyebabkan dia hangin tak tentu fasal.

Eskay terus menjadi mangsa belasahan pentaksub sheikh anwar al juburin ini berikutan isu penayangan video xxx kepada pihak media.  Beliau kelihatan cukup bersedia menghadapi awam, kerana tahu akan kebenaran.  

Disini ada 5 soalan yang dikemukakan untuk dijawab oleh Anwar.  Dan dijawab oleh Anwar.  Biarkan Anwar yang menjawab.  Jawapan dari Anwar.  Kita tidak perlu dengar dari keldai2 politik yang lain yang akan cuba menjawab bagi pihak Anwar.  Fokus kita, Anwar jawab.

Pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand? 

Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand? 

Ketiga, di hotel mana Anwar menginap? 

Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut? 

Dan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?

Itu soalan dari Eskay.  "Jgn paksa saya dedah semuanya.....Jawab soalan ini dulu sebelum serang saya", Eskay menambah.  Manakala soalan dari GT pula:

APAKAH ADA VIDEO XXX ANWAR VERSI THAILAND???  

WOWWWW!!! Sawadikapppppppp...!!! 

USRAH PIMPINAN UMNO SELANGOR



Program USRAH PIMPINAN UMNO SELANGOR.

Anjuran : Ikatan Kebajikan Dan Dakwah Selangor (IKDDAS) & UMNO SELANGOR

Tarikh - 31/3/2011 (Khamis) 7pm.

Tempat - Tingkat 7, Bangunan UMNO Selangor, S. Alam.

PENGISIAN : Solat Maghrib/Isyak Berjemaah, Bacaan Yasin, Tahlil, Tazkirah dan Solat Hajat.

Pembimbing - Ustaz Hj. Aluwi Parman.

Hadir bersama YB Dato' Seri Noh Omar.

SEMUA DIJEMPUT HADIR

LAPORAN PENUH SSDE SEK 24 SHAH ALAM MALAM TADI!


Panasss... Panasss....  

SSDE berlangsung dengan jayanya malam tadi di Shah Alam dengan kehadiran sekitar 700 orang.  Bermula tepat jam 9 malam, sayembara telah dimulakan dengan ucapan Dato Nawawi.  


Penceramah pertama ialah bekas ahli Parlimen Pendang, Dato' Othman Abdul.  Gayanya bersahaja berloghatkan utara ternyata mampu menarik hadirin.  Beliau mengupas tentang fatwa-fatwa songsang PAS dengan mengemukan hadith atau petikan dari kitab-kitab agama.  Olahan yang mantap dan mudah difahami.  GT percaya, ramai juak2 PAS di tepi-tepi jalan akan balik dan berfikir dek kerana hujah2 dari Dato' Othman.  


Bilangan hadirin semakin ramai dan suasana paling panasss, semestinya ceramah dari Srikandi 7.  Tiada seorang pun yang bangkit dari tempat duduknya apabila Ummi berhujah.  Mantap!  1 jam setengah yang diperuntukkan untuk Ummi nampaknya tidak mencukupi.  

Rumusan GT, malam tadi menyaksikan Armada Gelombang Merah Shah Alam sedang bangkit!  Tahniah kepada kaum-kaum ibu yang bersemangat waja, menanti sehingga habis majlis.  Tahniah juga kepada kaum bapa, yang sporting menemai ibu-ibu.  

Khalid Gereja, GT pasti kau akan lemas dilanda Gelombang Merah ini nanti!!!  Kau tunggu Khalid!!!  Kau tunggu...!!!

Jumlah kehadiran yang sebegini baik sebenarnya menunjukkan bahawa ahli-ahli UMNO sudah menerima ceramah sebagai tempat mereka mendapatkan input walaupun sebelum ini cukup payah utk mereka hadir.

GT melihat perkembangan ini sgt membantu dalam menyemarakkan semangat perjuangan di dalam ahli UMNO itu sendiri apatah lagi dibantu dengan penceramah-penceramah yang cukup bagus dan berwibawa.  

Kata-kata sinis dari beberapa pihak bahawa SSDE hanya menarik ahli UMNO sahaja adalah tidak tepat kerana GT mendapati, ramai lebai2 PAS bergentayangan di balik pokok dan di tepi longkang untuk mencuri dengar intipati ceramah yang disampaikan.  Mgkin juga terdapat kawan-kawan atas pagar yang malu untuk masuk ke khemah yang disediakan turut berada diatas motorsikal masing2.  Itulah pentingnya sistem suara dan layar putih, senjata utk proses pencucian akidah untuk totok PAS dan PKR!

Momentum ini wajib diteruskan mencipta aura kebangkitan yang lebih besar demi menawan kembali Selangor Darul Ehsan, tanah tumpah darahku!!!

SELANGOR BANGKIT!!!

FOTO2 MENARIK SEKITAR SSDE SEK 24 SHAH ALAM MLM TADI!!!













Laporannya menyusul selepas ini.. PANASSS... PANASSS... 

ARMAND PERKASA! BERJUANG DAN TERUS BERJUANG!

Gempar apabila Armand Azha meletakkan jawatan sebagai Ketua Wira Perkasa Malaysia.  Perkasa bakal kehilangan pemimpin muda yang vokal dalam memperjuangkan tujuan dan matlamat penubuhannya.  

Seperkara yang menarik bagi Armand ialah beliau muncul dengan imej radikal, dan tidak pernah bertolak ansur andai Perlembagaan diperkotak-katikkan.  Dgn imej radikal itulah yang menyebabkan cukup disenangi oleh golongan muda Melayu dan dibenci oleh chauvinist dan pro hindraf!  

Masa berubah, dan keadaan berubah.  Dalam memperjuangkan hak agama, bangsa dan negaranya, dia menyedari sesuatu yang penting dan wajib ada untuk melakukan perubahan, atau mengekalkan kemakmuran rakyat berbilang bangsa di negara ini.  

Ramai yg membuat spekulasi tentang pengundurannya.  Antaranya bertelingkah dengan Tok Him, masalah dalam Perkasa dan sebagainya.  Armand menafikan khabar2 angin ini, dengan menyatakan bahawa beliau berpendapat NGO tidak dapat memenuhi tujuan dan matlamat tanpa kuasa politik.

Bagi GT, Armand telah menyampaikan satu mesej yang paling penting kepada seluruh anak Melayu, iaitu pentingnya kuasa politik dalam menentukan survival Islam dan Melayu di dunia ini. 

Semoga anak-anak Melayu mengerti maksud tersirat perletakkan jawatannya.  GT mengucapkan selamat maju jaya kepada Armand, dan tetap berdiri teguh menyokong beliau selagi agama, bangsa dan negara menjadi tunjang perjuangannya. 

Berjuang dan terus berjuang, sahabat!

Wednesday, March 30, 2011

FOTO2 SEKITAR LAWATAN KERJA TAN SRI MUHYIDDIN DI KUALA LANGAT!!!


KLIK SINI untuk foto-foto menarik seterusnya.

ALHAMDULILLAH, KELIHATAN SINAR KEBENARAN ITU SEMAKIN BENDERANG!!!


Solat hajat adalah salah satu cara umat Islam memohon petunjuk dari Allah tentang apa jua hajatnya.  

Ada orang mohon solat hajat untuk mencari kebenaran, ada orang solat hajat untuk memastikan terpelihara dari fitnah.  Ada orang bersolat hajat agar Anwar selamat di dunia dan akhirat.  

Ada pula orang yang berserah kepada Allah bulat-bulat.  Tidak berdaya katanya.  Sebagai umat Islam, kita disuruh menentukan nasib kita sendiri.  Firman Allah " dan tidak AKU ubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubahnya".  

Maka, prinsip dalam berjuang untuk hidup yang harus dipegang haruslah bermula dari niat, usaha, berdoa dan bertawakkal.  Bertawakkal sahaja tidak cukup sahabat. 

Maka oleh itu, pejuang-pejuang maya pro kerajaan berjuang sehabis baik demi  kebenaran.  Kerna apa?  Kerna kami takut akan dimurkai oleh Allah, akibat mengangkat seorang yang Nabi Muhammad S.A.W. tidak mengaku ummat sebagai pemimpin.  Apa yang terjadi kepada ummat Nabi Luth?  Nauzubillahiminzalik!!!  


Anwar telah menghina tahap intelektual ribuan ahli PAS dengan gaya dan ucapan Islamiknya, diiringi dengan qalqalah.  Meleleh air liur lebai PAS terpesona mendengar temberang Anwar!  Ahhh...!!!  Biarkanlah mereka, kerana mereka yang membenarkan diri mereka diperlakukan sedemian rupa.  Ambil dan simpan gambar diatas.  Simpan untuk diri anda, keluarga, kawan-kawan dan sekalian rakyat.

Anwar, Gerakan Timur tidak akan membenarkan kamu menjadi Perdana Menteri, atas apa jua alasan, atas apa jua penjelasan.  Tidak mungkin Dajjal akan ku akui sebagai Perdana Menteri Malaysia!

GT mohon pada semua, UMNO, PAS, PKR, PPP, GERAKAN, DAP, MIC, KIMMA, asalkan  beragama Islam, bersembahyang hajat lah kamu untuk mencari kebenaran, beristikharahlah kamu untuk mencari kebenaran.  Kepada yang beragama lain, lakukan ritual mengikut kepercayaan masing-masing, mohon sinar kebenaran. 

Bukan turun bala atau kecelakaan yg GT pinta untuk sekalian ummah, sekadar memohon agar kita semua bermohon kebenaran akan terserlah.  

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada seluruh ummah Islam, agar kebenaran yang ditunggu-ditunggu dijelmakan dengan izin-Mu.  

KAN GT DAH CAKAP SEMALAM... MESTI DIA BUAT PUNYA!!!


Tipikal Anwar.  GT dah cakap semalam.

Strategimu amat mudah dibaca.  Kenapa ini berlaku?  Kerana setiap kali perilaku jijikmu didedahkan, pendekatan yang sama akan kau ambil.  

"Hidup mati saya di tangan Allah, bukan ditangan BN!"  katanya sewaktu siri pidato khas di Stadium Melawati. 

Ayat hidup mati di tangan Allah itu benar.  Dan Anwar menggunakan kalimah "Allah" ini untuk menunjukkan dirinya berserah, bermunajat se waraknya walhal dia tahu kalimah Allah ini digunakan untuk menanamkan sikap benci kepada BN.  Apatah lagi dihadapannya penganut2 PAS yang pastinya terngaga terlopong pabila Anwar kononnya "berserah" kepada Allah.  Bagi mereka, Anwar lah pemimpin teragung setelah mendapat "keberkatan" dari Nicky Arjis!

Solat hajat dijuga telah dibuat oleh Pakatan.  Siapa yang menjadi mastermind utk mencipta imej mulia ini?  hehehe..  

GT telah menulis semalam tentang strategi Anwar berikutnya.  KLIK SINI.

TAN SRI MUHYIDDIN LAUNGKAN KEYAKINAN GELOMBANG KEBANGKITAN RAKYAT SELANGOR!!!







Program diteruskan dengan walkabout di sekitar Pekan Tasik Permai yg bermula sekitar 3.45 petang.  Terdapat rungutan dari peniaga-peniaga tentang kerajaan negeri Selangor mengenakan kadar yg terlalu tinggi berbading sewaktu BN memerintah dulu.  TS Muhyiddin juga melawat 2 buah rumah yang dibaikpulih atas ihsan Kontena Nasional yang melaksanakan tanggungjawab korporat (corporate sosial responsibillity).  Kesempatan bertemu dengan pemimpin negara rupanya tidak dilepas begitu sahaja apabila rata-rata rakyat menyuarakan ketidakpuasan hati tentang kerajaan negeri.  Aduan telah dibuat, namun tiada sebarang tindakan dari khalid & co. 

Program berhenti seketika bagi menunaikan solat Asar di Masjid Bandar Baru Ampang.


Kemudian, TS Muhyiddin meluangkan masa bersama rakyat apabila menikmati minum petang bersama-sama penduduk.  Sekali lagi, keluhan rakyat Selangor menjadi santapan halwa telinga beliau dgn aduan-aduan yang memohon agar BN menawan semula Selangor!

Kemuncak acara ialah Jamuan Makan Malam 1 Malaysia yang dihadiri kira-kira 10 ribu pengunjung dari pelbagai latarbelakang.  Majlis agak kelam kabut apabila hujan lebat turun, namun nasib baik ada .....  rahsia!  Maka dengan kuasa Allah, hujan yang lebat berhenti tiba-tiba!  Ajaib bro...  

DS Noh Omar, sewaktu berucap, mengingatkan agar perpaduan dan kerjasama erat jentera BN harus digandakan bagi menghadapi PRU yang akan datang.   Misi utama, tawan kembali Selangor!!!

Giliran TS Muhyiddin berucap.  Jelas kelihatan betapa TS Muhyiddin cukup yakin bahawa gelombang kebangkitan rakyat  Selangor menentang pentadbiran Khalid tidak mampu dibendung lagi.  Hanya berbekalkan manifesto pembangkang pada PRU yang lalu, TS Muhyiddin telah berjaya menyampaikan pembohongan-pembohongan kerajaan negeri terhadap rakyat Selangor!

Selangor Bangkit!!!








FOTO2 SEKITAR LAWATAN KERJA TAN SRI MUHYIDDIN DI AMPANG!!!








  
Lawatan kerja TS Muhyiddin Yassin dimulakan dengan solat Zuhur di Masjid Al-Ubudiah.  Kemudian, beliau menikmati jamuan ringan sambil beramah mesra bersama AJK masjid.

Gerak kerja seterusnya adalah ke Sekolah Menengah Taman Tasik, Ampang bagi bertemu rakyat dalam sessi "Townhall Meeting".  Beberapa perkara telah dibangkitkan oleh beberapa wakil masyarakat  dan NGO yang berharap agar BN dapat membantu mereka dalam beberapa perkara sekaligus merampas semula Selangor.  Foto-foto seperti dibawah:















Gambar2 seterusnya pada jam 12 nanti... saksikan rintihan rakyat Selangor dibawah perintahan Khalid Gagap.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...