GT sangat bersetuju dengan pandangan Tun Daim berhubung dengan jangan terlalu yakin dengan kemenangan pada PRK-PRK sebelum ini. Dibuai keyakinan boleh menjadikan jentera BN leka dan seterusnya gagal melaksanakan strategi pilihanraya yang telah ditetapkan oleh pucuk pimpinan.
Ini berikutan PRU adalah jauh lebih penting bagi menentukan siapa yang akan dapat membentuk kerajaan.
Tun Daim juga dilihat cukup memahami aspirasi dan harapan generasi muda yang berlainan dari ibu bapa mereka. Arus zaman yang berbeza membuatkan golongan muda semakin bijak menentukan hala tuju berdasarkan input yang mudah didapati samada dari media massa atau internet.
Peringatan kepada jentera BN agar digilap, diperbaiki, dan dimodenkan mengikut kesesuaian perubahan sosial, ekonomi dan teknologi maklumat. Ia selaras dengan praktis yang dibuat oleh PM dengan menggunakan laman sosial spt twitter dan FB.
dan semestinya Tun Daim mengingatkan bahawa transformasi yang dilaksanakan oleh PM tidak mampu dipikul oleh PM bersendirian, ia memerlukan usaha dari semua!!!
Bagi GT, ini satu pengiktirafan kepada blogger juga. Dan kemenangan di PRK sebelum ini sebagai pemangkin menggandakan usaha untuk memastikan majoriti mudah bakal dimenangi oleh BN!
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!