Bersama Berjuang

Thursday, March 31, 2011

LAPORAN PENUH SSDE SEK 24 SHAH ALAM MALAM TADI!


Panasss... Panasss....  

SSDE berlangsung dengan jayanya malam tadi di Shah Alam dengan kehadiran sekitar 700 orang.  Bermula tepat jam 9 malam, sayembara telah dimulakan dengan ucapan Dato Nawawi.  


Penceramah pertama ialah bekas ahli Parlimen Pendang, Dato' Othman Abdul.  Gayanya bersahaja berloghatkan utara ternyata mampu menarik hadirin.  Beliau mengupas tentang fatwa-fatwa songsang PAS dengan mengemukan hadith atau petikan dari kitab-kitab agama.  Olahan yang mantap dan mudah difahami.  GT percaya, ramai juak2 PAS di tepi-tepi jalan akan balik dan berfikir dek kerana hujah2 dari Dato' Othman.  


Bilangan hadirin semakin ramai dan suasana paling panasss, semestinya ceramah dari Srikandi 7.  Tiada seorang pun yang bangkit dari tempat duduknya apabila Ummi berhujah.  Mantap!  1 jam setengah yang diperuntukkan untuk Ummi nampaknya tidak mencukupi.  

Rumusan GT, malam tadi menyaksikan Armada Gelombang Merah Shah Alam sedang bangkit!  Tahniah kepada kaum-kaum ibu yang bersemangat waja, menanti sehingga habis majlis.  Tahniah juga kepada kaum bapa, yang sporting menemai ibu-ibu.  

Khalid Gereja, GT pasti kau akan lemas dilanda Gelombang Merah ini nanti!!!  Kau tunggu Khalid!!!  Kau tunggu...!!!

Jumlah kehadiran yang sebegini baik sebenarnya menunjukkan bahawa ahli-ahli UMNO sudah menerima ceramah sebagai tempat mereka mendapatkan input walaupun sebelum ini cukup payah utk mereka hadir.

GT melihat perkembangan ini sgt membantu dalam menyemarakkan semangat perjuangan di dalam ahli UMNO itu sendiri apatah lagi dibantu dengan penceramah-penceramah yang cukup bagus dan berwibawa.  

Kata-kata sinis dari beberapa pihak bahawa SSDE hanya menarik ahli UMNO sahaja adalah tidak tepat kerana GT mendapati, ramai lebai2 PAS bergentayangan di balik pokok dan di tepi longkang untuk mencuri dengar intipati ceramah yang disampaikan.  Mgkin juga terdapat kawan-kawan atas pagar yang malu untuk masuk ke khemah yang disediakan turut berada diatas motorsikal masing2.  Itulah pentingnya sistem suara dan layar putih, senjata utk proses pencucian akidah untuk totok PAS dan PKR!

Momentum ini wajib diteruskan mencipta aura kebangkitan yang lebih besar demi menawan kembali Selangor Darul Ehsan, tanah tumpah darahku!!!

SELANGOR BANGKIT!!!

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...