Program diteruskan dengan walkabout di sekitar Pekan Tasik Permai yg bermula sekitar 3.45 petang. Terdapat rungutan dari peniaga-peniaga tentang kerajaan negeri Selangor mengenakan kadar yg terlalu tinggi berbading sewaktu BN memerintah dulu. TS Muhyiddin juga melawat 2 buah rumah yang dibaikpulih atas ihsan Kontena Nasional yang melaksanakan tanggungjawab korporat (corporate sosial responsibillity). Kesempatan bertemu dengan pemimpin negara rupanya tidak dilepas begitu sahaja apabila rata-rata rakyat menyuarakan ketidakpuasan hati tentang kerajaan negeri. Aduan telah dibuat, namun tiada sebarang tindakan dari khalid & co.
Program berhenti seketika bagi menunaikan solat Asar di Masjid Bandar Baru Ampang.
Kemudian, TS Muhyiddin meluangkan masa bersama rakyat apabila menikmati minum petang bersama-sama penduduk. Sekali lagi, keluhan rakyat Selangor menjadi santapan halwa telinga beliau dgn aduan-aduan yang memohon agar BN menawan semula Selangor!
Kemuncak acara ialah Jamuan Makan Malam 1 Malaysia yang dihadiri kira-kira 10 ribu pengunjung dari pelbagai latarbelakang. Majlis agak kelam kabut apabila hujan lebat turun, namun nasib baik ada ..... rahsia! Maka dengan kuasa Allah, hujan yang lebat berhenti tiba-tiba! Ajaib bro...
DS Noh Omar, sewaktu berucap, mengingatkan agar perpaduan dan kerjasama erat jentera BN harus digandakan bagi menghadapi PRU yang akan datang. Misi utama, tawan kembali Selangor!!!
Giliran TS Muhyiddin berucap. Jelas kelihatan betapa TS Muhyiddin cukup yakin bahawa gelombang kebangkitan rakyat Selangor menentang pentadbiran Khalid tidak mampu dibendung lagi. Hanya berbekalkan manifesto pembangkang pada PRU yang lalu, TS Muhyiddin telah berjaya menyampaikan pembohongan-pembohongan kerajaan negeri terhadap rakyat Selangor!
Selangor Bangkit!!!
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!