Bersama Berjuang

Thursday, March 31, 2011

PILIHANRAYA SARAWAK: TUN DAIM BERI PERINGATAN KEPADA BN!


Keupayaan Tun Daim sebagai think-tank tidak pernah GT ragui.  Berada dalam kerajaan dan pentadbiran Tun M yang membawa Malaysia ke satu level yang sangat dihormati, beliau telah melihat pelbagai kisah suka duka sebuah negara bernama Malaysia.

Terbaru, Tun Daim menjangkakan bahawa BN mampu menang dengan majoriti mudah, namun beberapa kerusi bakal "terbang" ke tangan pembangkang.  Ini merupakan satu "amaran" kepada jentera BN agar bekerja kuat untuk memastikan kemenangan BN di Sarawak.  Seharusnya, ia menjadi cabaran kepada BN, ambil ia dari sudut positif. 

Jgn pandang mudah kenyataan beliau ini kerana sebelum ini beliau telah meramalkan kejatuhan beberapa buah negeri sewaktu PRU yang lepas dan anda sendiri tahu keputusannya.

Seharusnya, BN Sarawak harus mengambil perkara ini dari sudut positif, dan jadikan ia cabaran supaya dapat memenangi pilihanraya Sarawak dengan majoriti besar.  

Ayuh orang Sarawak, sahut dan terbalikkan ramalan dari Tun Daim demi kesejahteraan semua!!!

GT ada menulis tentang Tun Daim mengingatkan supaya BN jangan dibuai kelekaan kemenangan di PRK - PRK sebelum ini,  KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...