Bersama Berjuang

Tuesday, August 23, 2011

"Surat" Terbaru Dari Mak Lampir... Hebat Betul Wakil Rakyat Ampang Nih.. Muahahahaha.


Untungnya warga Ampang yang diwakili oleh seorang wakil rakyat yang cukup proaktif dalam mencari isu-isu terbaru untuk perjuangannya.  

Akan tetapi, sayangnya isu yang sering ditimbulkan telah berkali-kali menyerlahkan kebangangannya ke tahap tepu.  Sudah tidak boleh dibantu lagi.  

Belum pun isu surat palsu yang cuba memfitnah Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor menemui kesudahan, Mak Lampir kembali dengan "surat terbaru".  Kononnya, dia punya bukti iaitu "surat" bersumpah agar PATI yang mahu menjadi warganegara patuh dan mengundi BN.  Begitulah politik gampang seseorang yang digelar Mak Lampir, Zuraidah Taliban atau apa sahaja yang mencermin tahap intelektualnya sebagai wakil rakyat Ampang!

Mgkin berorientasikan cara Al Jub, Mak Lampir cuba meniru ikonnya, walaupun dia tidak punya daya bohong dan manipulasi yang setanding dengan bosnya itu.  Hasilnya, rakyat Malaysia semakin bijak menilai betapa busuk politik garapan PKR.  

Program 6P menjadi alternatif yang rasional, meskipun bukan yang terbaik dalam memastikan keselamatan negara dapat dikawal dengan baik.  Selain dari meminimakan tugas yang sukar, ia juga dapat menambah pendapatan negara secara tidak langsung, hasil dari levi atau caj-caj yang berkaitan.  

Lebih penting, ia melambangkan usaha kerajaan dalam terus mendaulatkan undang-undang negara!  Dan dalam soal keselamatan negara, tidak perlu ada kompromi.  Betul tak Hisham? hehehehe...

Namun seperti yang GT berulang-ulang beritahu, politik pembangkang tidak konstruktif, tetapi lebih kepada destruktif.  Pastinya, politik mereka tidak membantu hidup rakyat, apatah lagi jika kita mahu melihat mereka mendaulatkan undang-undang negara!  

Apa jua dakwaan dari Mak Lampir ini, desakan untuk mengemukakan bukti telah berkali-kali dibuat.  Namun, Mak Lampir masih berkata beliau mempunyai "bukti".  Politik tipikal PKR, dari Anwar, Saifuddin Nasution hinggalah Zuraidah Mak Lampir, mewar-warkan spekulasi, tetapi akhirnya habuk pun tiada!  

Mungkin jua Mak Lampir sedang memikirkan format terbaik bagi "surat" yang didakwanya, kerana dia cukup malu terkantoi dengan surat palsu yang menuduh UMNO Hulu Selangor suatu ketika dulu!  

Tahniah orang Ampang, kebangangan Mak Lampir sedikit sebanyak tercalit kepada anda, yang telah memilihnya sebagai wakil rakyat Ampang!

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...