Zuraidah dalam keadaan "kurang stabil", walaupun dia mmg tidak stabil sejak menyertai PKR!
Sumber mengatakan bahawa dia tertekan gaga-gara kenyataan dari KDN yang ingin menyamannya ekoran dakwaannya bahawa Program 6P sebagai muslihat kerajaan menyeludup pengundi bagi pilihan raya akan datang.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong berkata tindakan itu merupakan langkah kedua yang diambil kementerian setelah laporan polis dibuat terhadap Zuraida di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam pagi ini.
Pembangkang yang suatu ketika cukup hebat membalun KDN berhubung isu kebanjiran warga asing, rupanya tidak ikhlas dalam memperdebatkan isu berkenaan.
Tindakan dari KDN yang sebenarnya cuba mengesan dan menyenaraikan PATI di Malaysia tidak disambut dengan semangat sayangkan negara. Melalui Zuraidah, pembangkang sedang mencari isu untuk kepentingan politik mereka semata-mata.
Dan program 6P sebagai sebahagian cara untuk mengawal dan mengemaskini senarai PATI di negara ini seharusnya dianggap sebagai tindakan mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.
Politik pembangkang, tidak menyumbang ke arah kesejahteraan rakyat, apatah lagi yang membabitkan keselamatan negara.
Bagi mereka, apa jua yang dilakukan oleh kerajaan harus dibangkang, bangkang dan bangkang, sesuai dengan status mereka sebagai PEMBANGKANG.
Dan Zuraidah tidak terlepas dari fahaman ini, walaupun ianya sekadar menyerlahkan tahap kebangangan yang teramat.
Dalam keadaan tertekan, dia cuba berdolak dalih. Dia berkata kerajaan tidak boleh menyaman pengkritik kerajaan, dan dalam isu ini, PATI diberikan "skrip bersumpah" untuk menyokong BN.
Nampaknya, seseorang perlu mengajar si Mak Lampir, perbezaan diantara mengkritik, dan membuat dakwaan yang tidak berasas!
Maka itulah maksud GT, bahawa pembangkang tidak bersifat konstruktif, tetapi lebih kepada destruktif. Tiada tanggungjawab terhadap apa yang mereka bangkitkan.
Politik gampang!
salam GT. pukul 2 pagi nanti aku ada post baru yang agak mengejutkan. Aku berharap ko dapat sebarkan. tq
ReplyDelete