Bersama Berjuang

Wednesday, February 23, 2011

ZAFRUL ANAK EMAS WAHID? MAYBANK ANAK EMAS SIAPA?


Ketua Eksekutif Kumpulan Maybank, Dato Seri Wahid Omar berkata bahawa kenyataan Zafrul terhadap perlantikan TS Isa Samad sebagai Pengerusi Felda adalah bersifat peribadi, dan bukannya atas kapasitinya yg mewakili Kumpulan Maybank.

Alasan DS Wahid ini saling tak tumpah seperti alasan2 yang diberi oleh pemimpin parti2 pembangkang apabila tersilap langkah.  Ini adalah nak cover!!!

Andai inilah alasan dari seorang leader GLC, maka selepas ini beliau layak untuk menghadiri forum pembangkang dan berkata bahawa DS Najib telah membuat keputusan yang salah dengan melantik TS Isa.  

DS Wahid kemudian boleh berkata bahawa ini adalah pandangan peribadinya, dan bukan atas kapasiti sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan Maybank!!!

Tidak dilupa bahawa KJ juga berhak memberi pandangan peribadinya seperti "Kalimah Allah???  Errr.. No komen!!!" atau "Saya menyokong saranan Tony Pua untuk menghapuskan kouta bumiputera untuk pemilikan rumah!  Ini pandangan peribadi saya, dan bukannya atas kapasiti sebagai KP UMNO!!!

Mohon maaf kepada pembaca sekalian, perumpamaan2  ini terpaksa GT gunakan untuk jawapan bodoh dari orang pandai.  GT sekolah atap jeerr...

Maaf dipinta atau maaf diberi, isunya disini ialah the damage has been done!!!

GT bersetuju dengan sahabat blogger Warisan 2057 yg menulis "Zafrul Anak Emas Wahid?".  KLIK SINI.

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...