Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini membidas Laporan Ketua Audit Negara yang didakwanya sebagai culas.
Bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, Laporan Ketua Audit Negara gagal menjelaskan perkara sebenar di mana wang sumbangan disalurkan ke akaun Majlis Sukan Negara (MSN).
"Wang tajaan dimasukkan ke dalam akaun MSN bagi melancarkan pengurusan Hari Belia Negara. Dakwaan pihak AG Audit yang menyatakan KBS membayar K-Pop pada Hari Belia Negara dengan jumlah RM1.6 juta adalah benar kerana ianya adalah dari wang tajaan.
"Pihak AG Audit culas dalam menjelaskan pekara sebenar kerana Wang Sumbangan yang dimasukkan ke dalam Akaun Majlis Sukan Negara tidak dinyatakan oleh pihak Audit Negara sebaliknya hanya mengambil kira wang yang keluar dari akaun KBS," katanya yang dipetik dalam laman akaun Facebooknya.
Laporan itu menyatakan, jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada perbelanjaan RM2.94 juta untuk menjayakan program tersebut.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut ditegur oleh Ketua Audit Negara kerana berbelanja terlalu tinggi dan tidak menepati perbelanjaan berhemat yang sepatutnya diamalkan kerajaan.
Dalam pada itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia ini berkata, wang tajaan sebanyak RM20 juta untuk menjayakan Hari Belia Negara turut disalurkan ke akaun MSN bagi melancarkan pengurusan program tersebut.
Tambahnya, oleh yang demikian KBS tidak melakukan sebarang pembaziran terhadap wang rakyat seperti yang didakwa pembangkang.
"Moga rakyat celik mata dengan pekara ini, kita juga tidak mahu pembaziran seperti mana Laporan Audit Negara tentang pembelian mesin scanner beharga RM14,000 seunit.
Ahmad Shabery menegaskan yang isu KBS tidak membazirkan wang rakyat malah ia adalah wang tajaan dari syarikat korporat dalam dan luar negara yang mengambil bahagian pada Hari Belia Negara. - RakyatNews
GERAKAN TIMUR:
Ramai yang salah sangka dengan Laporan Audit Negara berhubung isu penajaan K-POP sewaktu berlangsungnya Hari Belia Negara.
Sehingga hari ini, masih ramai yang memperkatakannya, tanpa memahami perkara yang sebenar.
GT setuju dengan kenyataan Shabery Cheek, bahawa hanya laporan wang keluar yang dinyatakan, tanpa kesimpulan menyeluruh tentang perkara ini. Secara tidak langsung, seperti wujud "bias" pada laporan berkenaan.
Sahabat Auditor pula berkata kepada GT "Itu tugas Audit untuk menegur, dan tugas Menteri untuk menjawab". Oleh itu, tiada sebarang kesalahan dibuat oleh kedua-dua pihak dalam perkara ini.
Semoga semua rakyat Malaysia berlaku adil kepada Shabery Cheek, yang mampu mendapatkan tajaan bernilai jutaan ringgit untuk program tersebut. Bukan itu sahaja, Hari Belia Negara juga berlangsung dengan gemilang.
Kepada perwakilan yang bakal memilih, jangan sia-siakan kemampuan pemimpin seperti ini sekiranya mahu UMNO terus ke hadapan.
Yang penting, rakyat perlu lebih rasional dalam menilai sesuatu perkara. Janganlah terlampau cepat membuat kesimpulan, dalam bahasa Jawa disebut "Don't Jump Into Conclusion Too Early".
Yup... #SC4MT !!!
Kenapa KJ tak rujuk kpd Shabery sebelum bercakap. Tak mungkin pegawai KBS tak bagitau KJ. Apa punya sandiwara la......masuk akaun ke masuk poket?
ReplyDeleteKitol jalang akan brbuat saja asalkn bende iti bole menaikkn populariti dia wlpon dgn mmbakar nama baik org len...org mcm tuh ke yg kite nak pilih utk mmbimbing anak2 mude kite....
ReplyDeletemana peginya semangat muzakarah dlm BN khususnya Umno.Dua2 mantan dan Men KBS skrng tu dari Umno.Tak boleh ke duduk bincang dulu lpas laporan audit kluar supaya dpt ketahui kedudukan sbenar perkara sbagaimana ddakwa oleh Mantan Men tu.Klau sesama dlm Umno pun tak boleh duduk bebincang macam mana nak bertemu muka dengan parti lawan (jika mahu karah perpaduan) apatah lagi mentadbir Negara???
ReplyDelete