Bersama Berjuang

Tuesday, January 11, 2011

INTERLOK!!! PERSATUAN PENULIS PERTAHAN MARUAH DAN REPUTASI SASTERAWAN NEGARA!!!



KUALA LUMPUR 10 Jan. - Enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis untuk mempertahankan maruah dan reputasi Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain selepas novel miliknya bertajuk Interlok dibakar 100 penduduk berketurunan India di hadapan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang (MPK), Sabtu lalu.

NGO-NGO terbabit adalah Gabungan Pelajar Semenanjung Malaysia (GPMS), Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) dan Persatuan Penulis Nasional (Pena).

Selain itu, Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Majlis Kebudayaan Negeri Selangor dan Persatuan Ikatan Melayu Asli Nusantara (Iman).

Menurut Presiden Pena, Mohamad Saleeh Rahamad, tindakan kumpulan berkenaan menampar, membakar gambar penulis novel Interlok itu dan menggelarnya sasterawan bodoh dianggap keterlaluan dan satu penghinaan tidak bertamadun.

"Penghinaan terhadap sasterawan negara sama seperti penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong kerana gelaran itu diberikan baginda," katanya lagi ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini hari ini. Menurut Mohamad Saleeh, pihaknya berharap agar pihak polis dapat mengambil tindakan memandangkan kejadian itu boleh menggugat kestabilan dan keharmonian kaum di negara ini.

Novel Interlok terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka menjadi kontroversi kerana didakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan kaum India pada kandungan muka surat 211 dan 220.

Kelmarin, Parti Progresif Penduduk (PPP), Parti Makkal Sakti dan Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (Prima) menggesa kerajaan untuk mengharamkan dan menarik semula novel itu daripada dijadikan bahan rujukan sekolah. Ia disusuli dengan tindakan kira-kira 100 penduduk berketurunan India mengadakan demonstrasi sambil membakar novel Interlok di hadapan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang.

Sementara itu, Penasihat PIBGN, Datuk Mohamad Ali Hasan menyifatkan tindakan membakar novel tersebut sebagai kurang matang.

"Pendidikan tidak seharusnya dipolitikkan. Malah perbincangan secara intelektual dan bertamadun adalah perlu. Malah penulis itu tidak pernah berada atas pentas politik.

"Namun perkara ini sebaliknya berlaku, terlalu kebudak-budakan, kurang matang dan terburu-buru serta bersifat politik.
"Penulisan novel adalah berdasarkan fakta sejarah, menceritakan ikatan dan pertalian antara tiga kaum utama negara ini iaitu Melayu, Cina dan India yang membawa mesej keharmonian.

"Ketika karya ini diterbitkan 40 tahun dahulu tiada siapa bangkang tetapi peliknya kenapa sekarang baru jadi sensitif," soalnya.

Katanya, kumpulan NGO terbabit akan menghantar memorandum bantahan tindakan 100 penduduk India membakar novel Interlok ke pejabat Menteri Pelajaran, esok.

Ia disusuli pula dengan perhimpunan besar-besaran NGO Melayu di rumah Gapena Sabtu ini, manakala satu forum bagi membincangkan isu itu akan diadakan di Rumah Universiti, Universiti Malaya (UM), pada 26 Januari ini.

Dalam pada itu, pihaknya mencadangkan agar Kementerian Pelajaran dan pihak berkaitan mengadakan perbincangan meja bulat segera bagi menyelesaikan pertikaian berkenaan.

Sementara itu, Presiden GPMS, Jais Abd. Karim menyokong tindakan mempertahankan novel Interlok malah mencadangkan ia dijadikan buku teks sejarah pelajar sekolah menengah.

"Tindakan membakar novel itu merupakan tindakan melulu tanpa meneliti secara keseluruhan karya dihasilkan berdasarkan fakta-fakta sejarah yang tepat," katanya lagi.


Sumber - Utusan Online

3 comments:

  1. Untuk menjernihkan semula keadaan ibarat “umpama nenarik rambut di dalam tepung”, disini dicadangkan perkataan “PARIA” dalam Interlok itu di gantikan dengan “HINDRAF” ini lebih beritika atau lebih sopan kerana “HINDRAF” membawa maksud dan makna yang sama.

    ReplyDelete
  2. APA LAGI HANTU KICAP BANGKAI INI MAU LAGI?SY TIDAK FIKIR SELAMANYA UMAT MELAYU DAPAT BERSABAR DIPROVOKASI BERULANG KALI OLEH HANTU2 INI.

    ReplyDelete
  3. adakah kaum india ni buta sejarah..?
    .. kemasukan beramai-ramai kaum india di tanah melayu pd abad ke 19 dahulu,memang di kutip dari selatan india yg majoritinya berkasta rendah. dengan kata lain PARIA..

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...