BESUT 10 Jan. — Kewujudan kasta yang digambarkan oleh Sasterawan Negara Abdullah Hussein dalam novelnya, Interlok bukan suatu bentuk penghinaan kepada mana-mana kaum malah merupakan realiti pada zaman berkenaan.
Penyandang Kursi Pengajian Bahasa Melayu, Malaysia-China di Foreign Studies University (BFSU) China Beijing Prof Awang Sariyan berkata golongan kasta itu dibawa oleh penjajah Inggeris untuk manipulasi ekonomi mereka.
Beliau berkata Sasterawan Negara itu ialah seorang penulis yang menghasilkan karya berdasarkan fakta dan realiti sosial pada zaman-zaman yang dilalui dan disaksikannya sendiri. - Bernama
GERAKAN TIMUR:
Teringat GT kepada seorang kawan yg menganggotai parti mewakili kaum India. Dia melabelkan satu lagi parti yang juga mewakili kaum India sebagai "parti pariah". Ini adalah fakta kehidupan untuk kaum India. Perkara ini pahit, namun mengapa mahu menafikan fakta dan sejarah.
Junjungan besar Rasullullah S.A.W. juga melarang keras umatnya dari membeza-beza status atau golongan. Apatah lagi jika ia melibatkan perkara seperti kasta ini. Namun adakah wajar bagi kita menidakkan wujudnya perhambaan pada zaman Nabi??? Tidak kira dari bangsa mana, kabilah mana mahupun kaum mana, hamba itu wujud. Perhambaan ini sgt memalukan namun ia adalah fakta.
Dalam kes ini, kaum India marah apabila menyentuh soal kasta. GT sgt tidak setuju wujudnya sistem kasta ini. Namun ia adalah fakta sejarah. Dan masyarakat India harus terima sejarah dan fakta, dan jadikan ia sebagai teladan agar ia tidak lagi wujud di zaman ini.
Berkelakuan rasional dgn membaca buku ini, tafsir dan fahamkan. Bukan membabi buta membakarnya, macam kaf lam ya nga mabuk todi!!!