Presiden MCA, DS Dr. Chua Soi Lek berkata bahawa novel Interlok tidak mempunyai elemen rasis.
"MCA sudah meneliti novel ini dan kami berpandangan ia sebuah novel yang memupuk perpaduan serta keharmonian antara kaum dan tiada langsung elemen rasis seperti didakwa pihak-pihak tertentu."
"Ia menceritakan kisah pada tahun 1910, istilah yang digunakan adalah cerminan pada zaman itu. Janganlah dipolitikkan, baca dengan penuh perspektif dan rasional."
Akhirnya dapat juga GT dengar sesuatu yang bernas dari Presiden MCA setelah sekian lama membuatkan hati GT panas membara. Untuk perkara ini, GT gembira dengan kenyataan beliau namun belum cukup untuk mengubat luka dihati ini.
Apapun, GT ucapkan terima kasih, DS Dr. Chua Soi Lek!!!
MIC, PPP dan Makkal Sakti bagaimana??? Sudahkan membacanya dengan penuh perspektif dan rasional???
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!