Husam Musa bercita-cita besar. Nafsu serakahnya tidak mengenal kawan, asal cita-citanya tercapai.
Umum maklum bahawa Husam Musa bukanlah golongan ulama, malah sebilangan ahlul politik PAS mengerti sungguh permainan Husam. Dan Husam is untouchable berikutan kekuasaan yang dimiliki dari tangan-tangan ghaib, yang bisa membunuh karier politik kawan mahupun lawan. Apatah lagi, pemegang kunci syurga secara terus terang mahukan pemimpin PAS Kelantan memimpin parti itu.
Terlalu banyak cerita dari ahlul PAS yang menggambarkan seolah-olah Husam antara nama yang dipahat utuh pada pendedahan sebuah akhbar berikutan politik wang yang berleluasa di dalam PAS sempena pemilihan kali ini.
Dan GT menjangkakan bahawa berita yang diterima bahawa dia berada diluar negara dan hanya dijangkakan balik pada atau malam menjelang muktamar adalah satu "damage control" yang cuba "menyucikan" dirinya dari tuduhan politik wang.
GT mengganggap dia sedang mencipta "alibi" yang kononnya dapat membersihkan dirinya, sedang itu hanyalah sandiwara musim pemilihan. Secara bijaknya, dia tidak perlu turun untuk mengotorkan dirinya. Apalah guna tangan-tangan ghaib aka jentera "penggerak" yang mampu membuat kerja untuknya? Persis modus operandi Anwar Ibrahim, kan?
Melalui sahabat blogger, GT juga mengetahui bahawa terdapat dakwaan yang mengatakan Husam telah menemui semula blogger "Sepak Orang Itu", bekas hulubalangnya, untuk meningkatkan semula populariti sempena pemilihan kali ini.
Dan "pertolongan" ini bukanlah sabilillah, kerana dimaklumkan sejumlah wang RM300 ribu dibayar kepada bloger Sepak Orang Itu untuk kerja-kerja "promosi" dan "pengiklanan" Husam.
Bloger Sepak Orang Itu dan Husam Musa, GT ingin bertanya, benarkah dakwaan ini?
Ingatkan kambing je yang dipromosi dan diiklankan, orang pun sama.. hehehehe... Meniaga orang lebih untung dari meniaga kambing... WOWWWW!!!!
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!