Nizar Lambai bukanlah nama asing dalam politik meroyannya terhadap jawatan Menteri Besar Perak yang disandangnya suatu waktu dahulu.
Dengan izin Allah, kerajaan "gila" nya dapat ditumbangkan, bukan oleh UMNO seperti dakwaan meroyannya, namun oleh wakil rakyat mereka sendiri.
Berada di tampuk kerusi empuk dan dikenali ramai rupanya menjadi candu nafsu yang menguasai segenap lubuk hatinya, sehinggakan dia tidak mampu menundukkan amarah, lawammah dan suffiah. Maka dengan hati yang berdendam, dia terus berangan untuk menjadi seorang yang berkuasa.
Dan PAS adalah "elevator" terbaik untuk memuncakkan dirinya di persada politik. Nizar bukanlah kecik anak, kerana dia didukungi DAP, maka "zahir batin" terjamin. Namun dalam hierarki PAS, Nizar tidak sehebat Husam Musa, yg telah lama "beroperasi" mengukuhkan cengkamannya. Nizar tahu bahawa Husam adalah halangan terbesarnya untuk berada di puncak.
Pemilihan PAS yang bakal berlangsung sedikit hari lagi, sudah pun panas dengan pelbagai dakwaan dari pihak dalaman PAS sendiri. Isu proksi Anwar, politik wang dan cerita-cerita belakang yang menjengkelkan menjadi buah mulut samada awam mahupun ahlul PAS. Dan nama Husam adalah yang paling hangat dikaitkan dengan isu-isu panas ini.
Angin lalu yang membawa berita mengkhabarkan bahawa Nizar adalah antara pemain utama dalam konspirasi "membunuh" karier politik Husam, seterusnya membuka peluang cita-cita Nizar untuk senyum sumbing kambing di singgahsana PAS.
Dakwaan ini juga dikuatkan dengan tersebarnya beberapa lembaran modus operandi Husam siap bersama senarai tangan-tangan ghaib yang menguruskan "operasi" Husam selama ini. Senarai itu juga menyatakan "asset" operasi berkenaan yang bisa meng"kaget"kan malah melopongkan perwakilan PAS nanti.
Adakah Nizar benar-benar mempunyai "akses" kepada operandi Husam?
Benarkah lembaran modus operandi Husam ini disebarkan oleh individu yang rapat dengan Nizar yang dikenali sebagai Musa?
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!