Bersama Berjuang

Tuesday, February 1, 2011

SELEPAS TENANG BHG 6: FELDA PENGUNDI SETIA BN!!!


Keputusan pilihanraya kecil DUN Tenang telah pun berakhir. Setelah berkampung serta berkempen berminggu-minggu, akhirnya rakyat telah memilih calon dari Barisan Nasional iaitu YB Mohd Azahar Ibrahim sebagai wakil mereka.

Namun apa yang menarik pada pilihanraya kecil ini ialah terdapatnya 3 kawasan Felda di dalam DUN Tenang iaitu Felda Tenang, Felda Chempelak dan Felda Chempelak Barat. Pada pilihanraya umum 2008, wakil BN hanya memenangi DUN Tenang dengan majoriti sebanyak 2,492 undi. Namun pada kali ini, majoriti BN telah bertambah ke 3,707 undi iaitu pertambahan sebanyak 1,215 undi.

Sebelum ini, Felda dan BN telah diserang dengan bertubi-tubi oleh pembangkang terutamanya PAS melalui Saudara Mazlan Aliman dan PKR melalui Saudara Suhaimi Said. Mereka telah di pertanggungjawabkan untuk mengubah pandangan peneroka serta generasi muda terhadap Felda dan kerajaan. Berbagai-bagai risalah, CD, buku, ceramah dan serangan melalui internet telah di lakukan untuk menghasut peneroka serta generasi muda. Alhamdulillah, segala usaha mereka ini telah dapat di bendung dan di tangkis oleh Felda dan kerajaan.

Akhirnya pada 30 Januari 2011, keputusan yang di perolehi adalah seperti berikut :-
Felda Tenang : BN - 795 (71.3%), PAS - 320 (28.7%)
Felda Chempelak : BN - 985 (87.7%), PAS - 138 (12.3%)
Felda Chempelak Barat : BN - 838 (85.5%), PAS - 142 (14.5%)
JUMLAH KESELURUHAN UNDI KAWASAN FELDA : BN - 2,618 (81.4%), PAS - 600 (18.6%)

Dari keputusan di atas, jelas menunjukkan bahawa Felda masih menjadi kubu kuat kepada BN walaupun aktiviti-aktiviti tidak sihat oleh pembangkang telah di lakukan untuk menghasut peneroka serta generasi muda Felda. Isu yang di mainkan oleh Anwar untuk mengambil tanah dari Felda Plantation dan di berikan kepada generasi muda juga tidak berjaya mengubah sokongan padu mereka kepada BN.

Mengikut keputusan mengikut saluran pula, di dapati pertambahan yang mendadak untuk BN di ketiga-tiga saluran. Saluran yang paling ketara ialah saluran untuk generasi muda Felda. Keputusan ini merupakan mimpi mengerikan untuk Mazlan Aliman dan PAS kerana mereka telah di peruntukkan wang yang agak besar untuk menghasut peneroka dan generasi muda Felda untuk menentang kerajaan.

Kesimpulan yang dapat kita buat dari keputusan ini adalah seperti berikut :-
  1.  Felda masih menjadi kubu kuat kepada BN
  2. Sokongan peneroka dan generasi muda Felda semakin mantap kepada BN
  3. Segala usaha yang telah di lakukan oleh Felda dan kerajaan telah di iktiraf oleh peneroka dan generasi muda Felda.
  4. Majoriti peneroka dan generasi muda Felda menolak cara pembangkang menghasut mereka
  5. Mereka semakin bijak di dalam menilai usaha murni yang dilakukan oleh Felda dan kerajaan
Walaupun keputusan pada kali ini semakin baik di kawasan-kawasan Felda, kerajaan dan Felda tidak boleh mengambil ringan terhadap usaha jahat pembangkang untuk menghasut peneroka dan generasi muda Felda. Ini adalah kerana, selepas ini mereka akan bekerja lebih kuat untuk mengubah Felda yang menjadi kubu kuat BN.

Dikatakan, pembangkang terutamanya PAS dan PKR telah bersedia untuk menyerang Tan Sri Isa Samad secara peribadi (character assasination).

GERAKAN TIMUR:
Artikel ini GT ambil dari blog Anak Jati Felda.  Analisis yang cukup padat.  Layannn...

1 comment:

  1. Ada 200 orang purata penyokong PAS setiap felda? Ramai tu. Itu mesti peneroka dari Kelantan dan Jawa Johor. Orang Jawa banyak juga menyokong PAS kerana terpengaruh ala Isle PAS. Kononnya orang Jawa tu warak sikit. Ada sikit sikit rupa Isle dia sokong.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...