Bersama Berjuang

Saturday, October 23, 2010

"UMNO TERBUKA PADA KRITIKAN" - DR. ASRI


Malam tadi wak terserempak dengan bekas Mufi Perlis,Dr Mohd Asri Zainul Abidin semasa majlis perasmian serentak Perhimpunan Agung ketiga-tiga sayap UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri.

Pada mulanya wak agak terkejut dengan kehadiran beliau di sana. Maklumlah beliau sering sahaja mengkritik Umno secara terbuka.

Wak dan rakan-rakan menghampirinya untuk bertanya tentang kehadiran beliau di sana.

Dijawabnya, “Umno sebuah parti yang terbuka,walaupun saya sering mengkritik mereka, tetapi mereka tetap menjemput saya. Saya rasa kalau parti lain dah jemput saya jika saya membuat begitu kepada parti mereka”

Sewaktu ditanya parti mana yang beliau maksudkan, kelihatan beliau cuba mengelak dan tersenyum sinis dengan penuh makna.

Dr.Asri juga berkata, beliau tidak ada masalah dengan Umno dan kritikan-kritikannya selama ini adalah kiritikan membina dan Umno harus melihat dari sudut positif.

Apa yang wak nak perkatakan di sini ialah tentang suburnya demokrasi dalam Umno tidak seperti yang digambarkan oleh parti pembangkang negara selama ini.

Di dalam Umno, ahli atau orang luar bebas menegur, mengkritik dan sebagainya. Mereka tidak disekat dan Umno tidak menganggap mereka sebagai musuh.  Itulah salah satu rahsia kejayaan Umno sehingga ke hari ini.
Walaupun BN dilanda tsunami politik pada pru 2008, Umno tidak terjejas dengan banyak. Kebanyakan kerusi-kerusi yang ada di Dewan Rakyat, Dun Selangor, Perak, P.Pinang adalah milik Umno kecuali Kelantan.

Teguran, kritikan dan sebagainya adalah satu perkara yang penting. Dari situ kita dapat membetulkan apa yang salah dan apa yang silap.

Berbeza dengan parti-parti pembangkang. Jika ada yang menegur atau mengkritik terus dicop sebagai ejen Umno atau trojan horse.

Sistem demokrasi dalam parti mereka mati sama sekali. Kemudian pemimpin mereka menuduh Umno telah mematikan demokrasi negara ini. Sedangkan mereka yang menyekat demokrasi.

GERAKAN TIMUR:
UMNO tidak maksum, dan bersedia dikritik.  Langsung berbeza andai dibandingkan dengan parti sesat yang lain, yang mana ketua mereka akan baca doa pecah perut dan tidak menandatangani surat MASUK SYURGA untuk ahli yang lantang mengkritik parti itu...  Dan untuk parti bertaraf keldai, karier politik mereka akan dibunuh oleh kesayangan defuckto leader mereka...

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...