Bersama Berjuang

Monday, September 10, 2012

Siakap Senohong MB Macam Kartun, Dah Berbohong, Bodohnya Melantun-Lantun! - Majlis Belia Selangor???



Pada tahun 2008 Pilihanraya Umum yang ke 12, pihak pembangkang telah mengeluarkan satu manifesto. Di dalamnya tertera “TAWARAN KAMI SEKIRANYA TERPILIH DI SELANGOR” , disertai “janji-janji” seperti; Urustadbir Berwibawa, Sosial dan Kebajikan, Kesihatan, Ekonomi dan Keselamatan kepada rakyat Selangor.

Ramai rakyat jelata kuhususnya golongan muda di Selangor apabila mengetahui isi kandungan manifesto ini, melihat seolah ada pembaharuan yang mereka inginkan bukan sahaja untuk diri mereka tetapi juga untuk keluarga, kerjaya dan ekonomi mereka. Tetapi pada hari ini kita semua telah tertipu oleh sandiwara politik, yang bertopengkan ketulusan dan amanah oleh pihak pembangkang. Pengarah sandiwara yang berpandukan skripsi manifesto ini telah membuat satu pembohongan kepada rakyat Selangor. Sahih dan nyata, Menteri Besar telah berkata manifesto itu bukan satu janji pilihanraya.

Ini bererti, manifesto yang dibuat hanyalah bersandarkan omong-omong kosong dan apa yang telah ditawarkan kepada rakyat Selangor sudah pasti tidak akan ditunaikan. Tidak ada mana-mana parti politik atau kerajaan di dalam dunia ini yang berfikiran waras membuat satu manifesto yang sudah pasti dikaji selidik dan dikategorikan terlebih dahulu, tetapi tidak akan melunaskan apa yang mereka tawar atau janji kepada masyarakat.

Golongan muda dan belia  yang sebelum ini dijanjikan langit dan bumi terpaksa menelan air liur selama 4 tahun pemerintahan yang pincang oleh kerajaan negeri Selangor. Urustakbir yang lemah serta penyelewengan kuasa dapat kita lihat berlaku berleluasa di negeri Darul Ehsan ini. Janji yang mereka tawarkan tetapi tidak ditunaikan telah menjejaskan perkembangan sasiah orang-orang muda, penindasan ekonomi kepada generasi muda, sosio ekonomi yang tidak seimbang masih berlaku, kos perumahan yang terlalu mahal, masalah sampah yang tiada kesudaan, pelajaran percuma hanyalah khayalan sahaja, sifat keegoan kerajaan negeri berkenaan isu air di Langat 2 masih kabur dalam mencari penyelesaian, penyelewengan pasir masih berleluasa, campur  tangan politik menjejaskan Unisel dan lain-lain lagi.

Kami orang muda Selangor ingin menyatakan kekhuatiran kami apabila sebuah kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat,  berpandukan kepada manifesto atau janji yang tidak perlu ditunaikan, maka kami menyeru bukan sahaja kepada orang muda tetapi juga kepada warga Selangor supaya menolak kerajaan yang dayus serta bersifat munafik dan tidak mengotakan apa yang mereka telah janjikan dahulu. Pepatah ada mengatakan, “Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Bercakap Bohong Lama-lama Mencuri”.

Perlu juga kami ingatkan kepada semua manifesto ini juga ada menyatakan, “Sekiranya kami diberi amanah memerintah Malaysia”, berserta dengan tawaran mereka, maka kami mengajak belia dan orang muda Selangor berfikir sejenak, kerana apa yang mereka janji dan tawarkan itu hanyalah satu pembohongan semata-mata.
.
Terima Kasih.


Badrul Hisham Badrudin
Timbalan Presiden
Majlis Belia Selangor

1 comment:

  1. Hahahaha....mcmna nk tertunai semua tu, lbh byk sgt buat ceramah n cari salah org drpd buat kerja utk rakyat...ckp berdentum, org kg blh la ko tipu yop, org bndr yg sokong tu pun kebanyakan dlm diam2 gayboy, lesbian..cuma x nmpk je...korg tgk muka2 pemimpin dia org, xde Nur(letchmi) langsung...lau nk banding dgn pemimpin kerajaan skrg, jauh beza beb. Sbb dia org ni terlalu tamak n stress, sbnrnya berjuang utk rakyat, malah nk matikn rakyat. Korg ni jgn la bodoh sgt, terlalu taksub, kalau depa ditakdir menang, korg xdpt apa pun. X kenal c ketua2 tu dgn kamu. Janji2 itu ini, 2008 apa cerita? Opps tahu dh jwpn beruk2 ni, bn perintah 55 tahun, pr baru 4 tahun, mna blh smakan...ha tu la jwpn bila kita tanya, lau dh tahu xde kemampuan, jgn berangan nk politik, mengajar rakyat buat huru hara...mcm la kerajaan skrg ni kejam bak israel...akai ada ka....aku jd org muda mmg x puas hati cara mereka berpolitik..najib dipilih melalui undi la bahlol...bodoh, yg berjanggut mngaku islam...tpi muka tgk mcm setan, yg perempuan pulak, dgn berhijab terpekik terlolong dpn mahkamah dh mcm org x btl, pulak tu dgn lagu gereja pulak dia melalak...islam ke ni....lau gigi cantik xpe, sbb tu x terkejut, allah dah ciptakan mereka ni dgn keaiban, bkn dgn mukjizat...bodoh....

    Melayu kne pukul dgn melayu
    Melayu gaduh dgn melayu
    Melayu mati kne bunuh melayu
    Smmgnya sebahagian bngsa melayu yg tersesat ni bodoh...
    Cina tepuk tangan sbb melayu bodoh.....

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...