Bersama Berjuang

Tuesday, September 11, 2012

Majlis Syura PAS Akui Ustaz Nasha Berada Di Sirratul Mustaqim!!! Pe Citer Anwarchoholic???



Akhirnya agenda jahat kumpulan Anwarinas telah gagal setidak-tidaknya untuk sementara waktu apabila Majlis Syura PAS mengambil langkah menyongsang arus dengan tidak membincangkan isu Ahli Parlimen Bachok, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Dengan berbuat demikian, beliau yang juga adalah bekas Timbalan Presiden PAS terselamat dari menjadi korban seterusnya selepas Januari lalu Hasan Ali yang juga adalah bekas Naib Presiden PAS mencatat sejarah sebagai korban pertama kumpulan Anwarinas.

Majlis Syura yang bermesyurat pada malam 9 September itu dan dipengerusikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din dipercayai mengambil langkah sedemikian untuk mengelakkan kesan buruk yang lebih besar terhadap pengaruh PAS sementelah lagi musim PRU 13 semakin dekat.

Tambahan pula sebahagian besar ahli jawatankuasa Majlis Syura itu tetap kukuh berdiri dibelakang Ustaz Nasharudin sekalipun Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebelum ini telah turut sama bersekongkol dengan kumpulan Anwarinas mendesak bekas Timbalan Presiden PAS itu keluar dari parti.


Perkembangan ini nyata amat memalukan kumpulan Anwarinas selain menimbulkan persoalan besar sejauh mana lagi Nik Aziz mampu bertahan tatkala pengaruhnya semakin longgar dalam menentukan dasar dan arah tuju PAS.

Nik Aziz yang dilihat sugul telah meninggalkan mesyuarat seawal 30 minit selepas ianya bermula selain kerana keletihan ia juga dipercayai ada kaitan dengan protesnya setelah mengetahui agenda utama berkaitan isu Ustaz Nasharudin tidak dimasukkan dalam mesyuarat tersebut.

Kegagalan Majlis Syura membincangkan isu Nasharudin sekalipun isu tersebut diambil serius oleh Nik Aziz pastinya memberi kesan terhadap kedudukan PAS khususnya di Kelantan di mana pengaruh Nik Aziz dilihat masih kuat walau hakikatnya sedikit sebanyak sudah tergugat.

Walaupun begitu, ini tidak bermakna selepas ini gerak geri Ustaz Nasharudin sudah terjamin kerana mengikut kenyataan Presidennya Hadi Awang, status Ahli parlimen Bachok itu sama ada dicalonkan atau tidak untuk PRU 13 nanti masih belum diketahui.

Sebelum ini ada sumber dalaman PAS menyebut sekiranya Ustaz Nasharudin terselamat dari menjadi mangsa pemecatan, kemungkinan nasibnya selepas itu tak ubah seperti di 'peti sejukkan' terus dari arena politik dan kepimpinan PAS.

Bagaimanapun soal tersebut bukannya satu halangan bagi Ustaz Nasharudin tambahan pula sejak dirinya diterajang dari jawatan Timbalan Presiden PAS pertengahan tahun lalu akibat konspirasi kumpulan Anwarinas, beliau sudah berpengalaman untuk berdepan dengan kekangan seterusnya kelak.

Kepada Ustaz Nasharudin kita ucapkan tahniah kerana berjaya mengharungi cabaran ini dan berjaya memalukan kumpulan Anwarinas sekaligus merencatkan sementara penguasaan Anwarinas dalam kepimpinan PAS..

Isu Nasharudin juga membuktikan pengaruh Nik Aziz tidaklah sehebat mana dan mampu untuk dineutralkan jika kena gayanya. 

Bila di kalangan pemimpin PAS yang berpendidikan agama pun sudah mula berani mengabaikan 'arahan' Nik Aziz, tiada sebab lagi untuk pengundi PAS khususnya di Kelantan untuk takut memulakan perubahan dengan mengorak langkah menolak kepimpinan PAS dan Nik Aziz di negeri itu dalam PRU 13 kelak.

1 comment:

  1. OK la tu... Nasha tak dipecat macam Madey pecat Musa Hitam, Anwar, dulu...

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...