PAS seolah-olah terpegun dengan kejayaannya mengumpul kononnya lebih 100,000 penyokong di Stadium Darul Aman, Kedah baru-baru ini, walhal Stadium Darul Aman hanya berkapasiti tempat duduk 32,387 orang.
Perhimpunan yang dinamakan Himpunan Hijau ke Putrajaya bertujuan menyuntik semangat dalam usaha parti itu merampas kerusi kerajaan pusat daripada Barisan Nasional.
Begitulah gerak kerja PAS yang menganggap bilangan penyokong yang hadir pada sebarang perhimpunan atau ceramah mereka sebagai tanda aras kepada tahap sokongan rakyat kepada parti itu.
Politik angka ini juga menjadi budaya PKR dan DAP kerana bagi mereka lebih ramai yang datang mendengar siri ceramah yang memaki hamun, mencaci dan memfitnah pemimpin negara, maka lebih ramailah yang datang untuk mendengar.
Lebih-lebih lagi jika maki hamun dan cacian itu mencapai tahap maksima berisak-isaklah penyokong untuk mencari tempat duduk.
Realitinya jumlah yang ramai belum tentu lagi diterjemahkan menjadi undi di peti undi setiap pilihan raya diadakan.
Kebanjiran 'kopiah putih' di stadium tersebut umpama buih-buih di permukaan air yang akan hilang apabila ditiup anging.
Mereka sebenarnya tidak mempunyai kekuatan sedikitpun kerana apa yang dipaparkan dalam media milik pembangkang atau youtube mahupun blog hanyalah sebagai satu propaganda murahan untuk menunjukkan seolah-olah mereka bila-bila masa sahaja boleh menawan Putrajaya.
Jika begitu sudah lama PAS memerintah Malaysia sekiranya populariti diukur daripada berapa isi padang atau stadium mampu diisi oleh sesebuah parti politik.
Lihat sahaja semasa kempen pilihan raya peringat negeri Sarawak pada April tahun lalu di mana boleh dikatakan ceramah anjuran BN lebih kecil kehadirannya daripada yang dianjurkan pembangkang.
Mereka berdabik dada dengan penuh kebanggaan bahawa saatnya amat hampir untuk menubuh kerajaan negeri bari menggantikan BN.
Malah Pengarah Pilihan Raya PKR bagi PRN Sarawak, Azmin Ali dengan begitu angkuh berkata partinya akan merangkul sekurang-kurang 34 kerusi.
Namun apabila keputusan pilihan raya diumumkan, ia menunjukkan dengan jelas bahawa rakyat tetap memilih untuk kekal bersama BN.
PKR yang paling yakin dan tamak hanya memperolehi 3 kerusi berbanding 16 bagi DAP dan kosong untuk PAS.
Ini kerana rakyat bijak menilai bahawa pihak pembangkang hanya parti cakap kosong yang menggunakan kepandaian berpidato sebagai modal politik mereka dan tidak lebih dari itu.
Pembangkang tidak mempunyai visi yang jelas bagaimana mau mentadbir negara ini.
Dalam Pakatan Rakyat terdapat tiga model pentadbiran yang bakal menjadi persaingan sengit sekiranya mereka menang - PKR akan menonjolkan konsep pluralisme agama dan Islam liberalnya, PAS pula memperkudakan Islam untuk memperlihatkan satu pandangan totok yang jumud dan beku sementara DAP pula merancang mahu merungkai segala institusi berkaitan Melayu.
Berbanding dengan BN yang sejak merdeka telah menunjukkan kecemerlangan mentadbir serta mengurus Malaysia peringkat demi peringkat sehingga mencapai tahap kejayaan yang dinikmati sekarang.
Oleh kerana itu bolehlah dikatakan PAS dan rakan-rakan kongsinya bermimpi di siang hari jika mereka berfikir rakyat akan memihak kepada mereka berdasarkan kepada jumlah kehadiran semata-mata.
Seperti yang pernah disebutkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, BN mampu menggembeling jumlah jauh lebih besar jika ia mahu tetapi sedar ia hanyalah satu usaha yang membazir dan tidak mendatangkan faedah.
Yang lebih penting bagi beliau ialah terus bertemnu dengan rakyat dari segenap lapisan serta menerangkan dasar-dasar kerajaan disamping melaksanakan pendekatan yang lebih inovatif dan pro-aktif untuk membela nasib rakyat jelata.
Seperti pepatah Melayu biarpun anjing menyalak, bukit tidak akan runtuh; biarpun pemimpin PAS, PKR dan DAP menjerit memaki hamun dan memb fitnah pemimpin negara hingga terkeluar anak tekak, rakyat tetap tidak berganjak menyokong BN.
Rakyat tahu BN adalah umpama gunung yang cuba diruntuhkan anjing dengan salakan kecilnya namun anjing itu tahu lama kelamaan suaranya akan tenggelam dan gunung tetap berdiri teguh.
blog awak tak umm selagi jadi uumnnooo..
ReplyDeletetak ada yang menarik sex sek sick six. nothing .
tolak hukum Allah awak sokong
tolak Hudud awak sokong
jenis tongeng buntok awak sokong
buat maksiat k-pop awak sokong
kesian..