Bersama Berjuang

Tuesday, May 22, 2012

Kaedah Antarabangsa Buktikan BERSIH 3.0 Dihadiri 300 Ribu Orang... Siapa Penipu???

Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim telah membuatkan Anwar dan kuncu-kuncunya, buat sekali lagi, setelah berkali-kali, "dibogelkan" atas sebab musabab menjadi ejen pembohongan teragung abad ini.  


Rumusan tentang jumlah mereka yang menyertai perhimpunan pada 28 April itu dibuat oleh Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dengan menggunakan sistem blok fotografi, satu kaedah yang digunakan oleh media antarabangsa dalam menentukan jumlah manusia yang berhimpun.

"Jumlahnya 22,270, agak hampir dengan konfigurasi British Broadcasting Corporation (BBC) (25,000), tetapi, yang pasti ia jauh daripada (jumlah) yang diumumkan (penasihat PKR dan Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke seluruh dunia" kata Rais lagi.


Apa yang menariknya, penyokong Anwar tetap mengatakan jumlah yang sama, iaitu 300 ribu. Ini menunjukkan bahawa penyokong Anwar tidak lagi mampu berfikir dengan kewarasan, dan intelektual.  Di mana tahap pemikiran mereka, GT serahkan kepada anda untuk tentukan.  

Tranungkite mengganggarkan seramai 100 ribu, manakala Malaysiakini meneka hadirin seramai 50 ribu. Angka yang dianjurkan langsung tidak menepati jumlah sebenar, apatah lagi yang berpegang kepada dakwaan Anwar iaitu 300 ribu orang pendemo harami.  

Ini adalah contoh terbaik, bagaimana media mereka beroperasi, iaitu berlandaskan pembohongan.  Angka yang mereka berikan meleset dengan banyak, berbanding angka sumber BERNAMA dan BBC.  

Dan lihatlah sendiri, bagaimana Anwar berbohong dalam isu ini.  Dan pembohongan itulah yang dijadikannya modus operandi untuk terus menipu rakyat dalam segala isu.  

Mengapa anda terus mahu ditipu? Tahu pula melenting apabila dilabel sebagai BODOH...   

1 comment:

  1. bilangan yg sokong dia pun dia nak menipu. apatah lagi perkara lain yg lebih besar. bila dia jadi TPM, takder pulak dia bangkitkan perkara bersihkan senarai pengundi ni..bila dah ramai tak sokong dia, baru nak sibuk

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...