Bersama Berjuang

Tuesday, April 3, 2012

MESTI TONTON: Video Hasan Ali Dedahkan Siapa Dr. Rani Sebenarnya!





Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali menjelaskan,beliau kesal dengan kenyataan Dr. Rani yang tidak mahu melayan isu yang beliau bangkitkan akan tetapi menganggap lebih banyak isu yang lebih penting untuk diketengahkan di Negeri ini seperti soal Pengundi Hantu. 

Beliau mendakwa isu Murtad merupakan soal Akidah yang tidak boleh ditolak ansur dan setiap Pemimpin Islam apatah lagi yang lahir dari PAS seperti Dr. Rani wajib memastikan isu ini dijadikan masalah utama dalam membangunkan sesebuah Negara.

Seperkara yang Datuk Dr. Hasan Ali harus mengerti ialah, Dr. Rani bukanlah lahir dari usrah-usrah PAS seperti mana yang pernah dibawa oleh Almarhum Ust Fadhil Noor sewaktu mengepalai PAS. 

Dr. Rani adalah seorang opportunist, yang menyertai PAS pada menjelang PRU 1999 dengan harapan bertanding atas tiket parti itu.  

Sekadar mengimbas kembali, GT difahamkan borang keahlian "ke syoorga" PAS yang diisi oleh Dr. Rani telah dihantar terus kepada Datuk Dr. Hasan Ali sewaktu ceramahnya di Meru pada 1999.

Dr. Rani cuba mendapatkan keahlian segera, dengan niat untuku bertanding kerana aura Reformasi 98 yang cukup kuat pada masa itu.

Dr. Rani mmg seorang opportunist, dan GT pasti, Datuk Dr. Hasan Ali mengerti, bagaimana permainan politik Dr. Rani sewaktu bergelar YDP Kapar.  

Apapun, murtad adalah "perkara kecil" bagi PAS. Dan sekiranya inginkan syoorga, si pemurtad barangkali cukup hanya dengan undi PAS untuk memastikan syoorga menjadi milik mereka.  



Tahniah PAS!


No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...