Pada PRK Tenang, Johor tahun sudah menyaksikan Salehuddin Ayub dilantik sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya PAS, di mana Cikgu Mala yang suaminya "tidak sihat" kerana tekanan perasaan yang akhirnya "dianugerahkan" MC sepanjang tempoh berkempen.
Menjelang penamaan calon, Din Pudu mengatakan agar PRK Tenang disulami dengan cara berkempen yang bersifat anjakan paradigma.
Cantik bahasa itu, maka sekelian blogger menyambut saranan itu dengan berlapang dada. Namun apa yang mengejutkan, selepas penamaan calon, Din Pudu telah membuat sidang akhbar dan menyerang peribadi Tok Ai.
Serangan itu membuatkan blogger jalanan menyahut cabaran serangan peribadi. Bukan sahaja Cikgu Mala menjadi sasaran kempen, PRK Tenang menyaksikan Pengarah Jentera Pilihanraya PAS lunyai dijadian bahan kempen.
BN menang dengan majoriti 3 ribu lebih. Hadi Awang dikhabarkan mengamuk ketika itu terhadap Pengarah Jentera Pilihanrayanya, Din Pudu. Isu berkenaan yang dibangkitkan oleh blogger dikatakan memberi impak tersendiri kepada jentera PAS di Tenang/
Nama Din Pudu membawa maksud tertentu. Moga orang Johor bersiap sedia dengan segala peluru untuk menisankan cita-cita Din Pudu di Johor.
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!