Bersama Berjuang

Saturday, March 3, 2012

PANASSS... Farid Redzuan Cuba Berblog, Tapi GOblog???


Tiba-tiba bloggers menjadi sasaran tohmahan Farid Redzuan.  

Apa sebenarnya motif di sebalik perlakuan itu?  Seorang tokoh media, dia ditugaskan untuk menaikkan rating perdana menteri dari segi populariti media.  Bukan ingin menafikan apa yang dilakukannya, akan tetapi kadang-kadang beberapa perkara sebenarnya tidak menyebelahi Perdana Menteri.

GT percaya, ramai blogger yang perasan akan perkara ini.  Cuma, sebagai satu jentera besar untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional, "masalah rumah tangga" diselesaikan secara berhemah, dan selesai "di dalam kelambu" sahaja.  

Itu pendekatan yang baik untuk parti.  

Namun kenyataan yang seolah-olah menafikan perjuangan blogger dalam memastikan penguasaan penuh di media maya sangat mendukacitakan.  

Blogger tidak tergolong dalam gemerlap populariti, mahupun menjadi selebriti.  Mereka lebih banyak bergerak secara "underground", berbeza dengan media arus perdana atau "mainstream media" yang lain.  Akan tetapi, matlamatnya sama, untuk bersama-sama berjuang, dan menerapkan aspirasi kerajaan untuk membentuk satu kerajaan yang kuat, stabil dan berintegriti.  

Apakah Farid terlalu bodoh, untuk mencemburui pencapaian dan pengiktirafan yang diberikan kepada para pejuang maya yang diberikan oleh banyak pihak?  

Ataupun, Farid sudah mula merasai bahang ancaman media maya kepada media yang sedia ada?  Apakah Farid takut, pada suatu ketika, media yang diperjuangkannya bakal ditenggelami oleh media baru?  

Seharusnya Farid, yang berstatus "bintang" dan "tokoh" dalam media, mengambil pendekatan yang lebih bijak.  Beliau dikategorikan sebagai professional dalam kerjayanya, malangnya tidak mencerminkan sikap itu dalam tindakannya.  

Semoga Farid lebih matang menangani "krisis dan masalah"nya, daripada mencari golongan yang hendak dipersalahkan.  

Untuk pencerahan cerita, sila baca DISINI.

2 comments:

  1. Betul memang dia GOBLOK. Bukan reti buat kerja. Harap je hansem. Masa TV3 pun huru hara juga. Dia ni bagus jadi gembala kambing je.

    ReplyDelete
  2. gila galmour je ni

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...