Bersama Berjuang

Monday, March 5, 2012

MESTI BACA: Kisah Seorang Nenek Vs Hakim !!!


Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu. 

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. 

Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain. 

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu. ”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. 

Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah. ‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.


“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh” sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya. 

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.

GERAKAN TIMUR:
Ini contoh penderitaan yang dihadapi oleh saudara kita nun di seberang sana.  Sedangkan negara kita, yang menjadi lubuk rezki, tidak pula pernah bersyukur.  

Lihat sahaja lambakan pengemis.  Kalau mereka orang kita, itu wajar.  Namun, bukan sahaja orang kita, orang luar turut sama mengemis disebabkan makmur dan kayanya negara ini.  Lihat di simpang siur, jejantas, waima di tepi highway pun masih terdapat golongan ini meminta-minta.

Semoga cerita ini dapatlah kita bermuhasabah, bahawa amatlah beruntung untuk menjadi rakyat di sebuah negara yang bernama Malaysia.

Syukur ke atas nikmat hasil dari keamanan.  Jangan pula kufur nikmat!!!

5 comments:

  1. pemerintah telah menyediakan sekolah, universiti dll. tuntutlah ilmu...dan berusaha...

    ramai akan mengambil kesempatan mencerca hakim yg tidak memulakan untuk mengutip derma untuk bantuan pesalah...

    kerja dan hasilnya di bayar zakat,

    ReplyDelete
  2. Itu pun masih ramai rakyat malaysia yg tidak tahu bersyukur,tidak berterima kasih pada Pemerintah.....< Ady Suparjo Jawa Barat <

    ReplyDelete
  3. rakyat yang terlampau di manjakan kerana takut hilang undi buat rakyat lupa diri.

    ReplyDelete
  4. rakyat terlampau di manjakan lupa diri,kerana takut hilang undi membuatkan mereka besar kepala dan membuat tuntutan yang bukan bukan.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...