Bersama Berjuang

Thursday, December 15, 2011

Ada Sesuatu Yg BESAR Berlaku Dalam Masa Terdekat!!!


GT mohon doa dari semua.

Sesuatu yang cukup baik untuk semua akan berlaku, insyaallah.  

Hasan Ali masuk UMNO?  Ohhh... tidak.. tidak... rasanya persoalan ini sedang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin atasan PAS Selangor yang mahu melenyapkan terus karier politik Hasan Ali, yang dilihat cukup kuat pengaruhnya di akar umbi PAS Selangor.

Benar kata Ustaz Nasha, janganlah jadi lebih sudu dari kuah.  Ustaz Nasha, selaku bekas setiausaha agung PAS dan Timbalan Presiden PAS menempelak sikap pemimpin dalam PAS Selangor apabila Saari Sungib bertindak menunjukkan betapa desperado dan kemaruknya pemimpin-pemimpin berkenaan dalam membunuh pengaruh Hasan Ali.  

Ada dasar pada kenyataan Ustaz Nasha, kerana latarbelakangnya bukanlah asing dalam hierarki kepimpinan PAS yang faham dan faham selok belok perlembagaan dan prosedur PAS.

Tentunya berbeza berbanding Dr. Rani, yang difahamkan hanya menyertai PAS pada sekitar 1998 dengan harapan bertanding dan menang atas kebangkitan askar sondol reformasi ketika itu.  

Terkejar-kejar Dr. Rani menghantar borang keahlian PAS dan mahukan kelulusan segera, lantas menghantar terus borang berkenaan.  

Di mana?  Di kawasan DUN Meru.  

Pada siapa?  Pada Hasan Ali yang pada ketika itu habis berceramah di kawasan DUN Meru.  Cepat-cepat inginkan status keahlian PAS keranan ingin bertanding pada 1999.  Oportunis sungguh.  

Namun apa yang berlaku?  Kenapa Dr. Rani tidak bertanding di Meru?  Apa pula terjadi apabila Dr. Rani tidak terpilih sebagai calon PAS di Meru pada 1999?  

"Ribut" dan "Taufan" berlaku tatkala mesyuarat diantara 3 calon utama PAS ketika itu.  Ribut dan taufan itu bukan dikalangan calon yang bermesyuarat, tetapi lebih kepada penyokong Dr. Rani.  

Tak percaya? Carilah seorang YDP PAS Kawasan yang dikhabarkan melihat karenah dan sikap penyokong Dr. Rani ketika itu.  Dia faham amat dengan taktik politik Dr. Rani.

Kini, YDP PAS Kawasan itu bergelar ahli Parlimen.  Siapa ahli Parlimen itu?  

Mohon doa kalian agar sesuatu yang BESAR bakal berlaku, demi agama, bangsa dan negara. Apa jua yang berlaku, Gerakan Timur akan membuat up date dari masa ke semasa.

Selangor Bangkit!!!

4 comments:

  1. Malas cakap banyak..PAS sekarang kata sebarang pencalonan diambil kira daripada pencalonan di peringkat cawangan..so yang 2-3 ekor pemimpin PAS yang dok bertanding di 2-3 tempat dipilihanraya sebelum ini adakah daripada pencalonan diperingkat cawangan..so berapa banyak tempat dia berdaftar sebagai ahli PAS..tu yang banyak jadi bidan terjun..daripada negeri lain bertanding dinegeri lain pun mengikut pencalonan diperingkat cawangan jugak kee..

    ReplyDelete
  2. hehehe... biasalah bro. Itu arahan dari kepimpinan...

    kasihan Hasan Ali...

    ReplyDelete
  3. Dapat arahan dari seekor Anjing Bulldog bernama Karpal Singh langsung kecut telo ahli PAS.Hassan Ali saja yang ada kekuatan Islam tersendiri dah ahli yang lain sesat haram jadah terlampau.

    ReplyDelete
  4. Insya Allah semuanya berjalan dengan lancar, sesuatu yang lebih besar dari ini memang akan berlaku!

    Tunggguuuuu!

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...