Bersama Berjuang

Thursday, September 15, 2011

PANASSS.. Chin Peng Sahkan Mat Indera Komunis... Mat Sabu Masih Bengong!!!

KUALA LUMPUR, 15 Sept — Seorang pesara polis dari cawangan khas mendakwa bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng mengakui serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong sememangnya diketuai Ahmad Indera yang menurut Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu seharusnya turut dianggap sebagai pejuang kemerdekaan.

Bekas pengarah cawangan khas Bukit Aman Datuk Zulkifli Abdul Rahman, 75, berkata, pada satu dialog di sebuah universiti di Australia yang dihadiri Chin Peng, anggota komunis itu juga mendedahkan bahawa Ahmad yang turut dikenali sebagai Mat Indera merupakan pemimpin utama parti itu di Johor.

“Dalam satu dialog yang diadakan di Universiti Australia pada 1999 yang mana Chin Peng menjadi subjek utama di mana mereka duduk bersama dengan dia untuk mentelaah dan bertukar fikiran dan bertanya pelbagai isu yang telah berlaku.

“Saya juga berjumpa dengan Chin Peng, bahasa Malaysia dia macam kita tapi loghat Perak sebab dia orang Perak . . . Chin Peng mengakui serangan di Bukit Kepong diketuai Mat Indera yang turut dikenali sebagai panglima yang memerintah di selatan Johor termasuk utara Johor, Batu Pahat, Muar, Segamat, Tangkak dan keseluruhan negeri Johor,” katanya pada Forum Merdeka Kekejaman Komunis, Mat Indera dan Kemerdekaan anjuran Perkasa malam tadi.

Beliau menambah: “Ini kata Chin Peng sendiri di khalayak, sah Mat Indera adalah pengganas, bagi Chin Peng untuk memimpin mestilah komunis, kalau tidak perjuangan akan lari dari prinsip komunis.”

Zulkifli turut mempersoalkan bagaimana Mohamad boleh menyanjung Mat Indera.

“Bagaimana Mat Sabu berani kata Mat Indera bukan komunis, kita perlu tanya mengapa Mat Sabu memilih Mat Indera sebagai idola dan peristiwa Bukit Kepong dan mengapa Mat Indera mahu dijadikan pejuang. Dia (Mohamad) tidak kenal Mat Indera, mengapa tidak pilih Abdullah Sidi yang merupakan pengerusi parti komunis yang masih hidup, mengapa Mat Indera? Bagaimana dia kenal Mat Indera yang tinggal di Johor.

“Kita dapati orang macam Mat Sabu (Mohamad), duduk di Pulau Pinang, baru dilantik timbalan presiden PAS . . . macam mana dia dapat ilham membangkitkan Mat Indera dan peristiwa Bukit Kepong, adakah ini satu usaha menyokong komunis tetapi tidak diketahui umum. Kita lihat dan tertanya-tanya walaupun darurat telah selesai mengapa sebabnya Mat Sabu selepas 61 tahun membangkitkan nama Mat Indera dan cerita Bukit Kepong sebagai satu cerita yang hendak membanggakan,” katanya.

Sejak penghujung bulan lalu, pemimpin-pemimpin Umno terus menyerang PAS dan terutamanya Mohamad kononnya mengagung-agungkan komunis dalam ceramahnya di Pulau Pinang 21 Ogos lalu.

Mohamad bagaimanapun menafikan ada mengagungkan komunis dan semalam telah memfailkan kes saman ke atas Utusan Malaysia atas alasan telah memutarbelitkan kenyataan beliau pada ceramah itu.

Menceritakan sedikit pengalaman tentang PKM, Zulkifli berkata, sesiapa yang menyertai parti itu perlu melalui proses tertentu dengan bermatlamatkan perjuangan untuk kemanusiaan.

“Bila masuk dalam komunis mesti jadi pengganas tapi nak jadi ahli itu perlu lalui proses tertentu, bila jadi komunis kata Chin Peng bila seseorang memeluk komunis dia mesti mengakui segala yang diperjuangkan adalah demi kepentingan kemanusiaan,” jelasnya.

Tambah beliau, walaupun PKM sudah tiada di Malaysia namun gerakan fahaman komunisme masih lagi wujud.

“Komunis tidak akan mengaku dia komunis tapi dia dengar apa masalah yang berlaku, kita sudah maju dan merdeka tetapi komunis tidak akan tinggalkan matlamat... komunis sedang serang hendap, menunggu masa dan ketika kerana dalam negara kita ada masalah seperti masalah sosial, politik dan kaum, ini yang ditunggu komunis.

“Di sini saya ingin bertanya mengapa Mat Sabu, Mat Sabu bukan komunis, saya percaya dia bukan komunis tetapi siapa di sekeliling dia, mengapa dibangkitkan nama Mat Indera.

“Jadi oleh kerana itu kita lihat bahawa gerakan yang berlaku sekarang seperti dirancang, tapi dirancang oleh siapa? Di sini perlu kita memahami gerakan komunis tidak mati, fahamannya masih ada sama ada ia sedang berlaku secara halus di universiti atau maktab, kita perlu faham,” katanya.


4 comments:

  1. aku terkesima..

    selasa lepas guru kanan sek anak aku bagitau ada cikgu sejarah mana ntah yg kata mat sabu betul sbb chin peng hanya serang org2 british & bukannya serang orang melayu! cis!! bengongnya!! yg ramai orang melayu mati sana sini komunis bunuh tu jadah apa?

    pg tadi cikgu sejarah sek anak aku plak kata dgn selambanya:
    " british penanung atau penjajah? cuba kamu fikir, british memerintah kita, menukar & menurunkan raja2 sesuka hati, mengambil segala hasil mahsul negara kita, menjajah minda rakyat yg mahu dijajah..itukah penaung? tu penjajah namanya!!"

    ya lah! ya lah! anak aku dgn kwn2nya tak termakan pun cerita tu. bahkan kwn2 cinanya kata cikgu tu "疯狂" = GILA!! anak aku (Ting5) kata, kalau betul british penjajah tapi kan kita dah 54 tahun merdeka dari penjajah tu!

    pro pembangkang & pembangkang nak apa sebenarnya? nak kata 'kemerdekaan kita tak sah'? nak jugak berjuang cara komunis ka nak tuntut kemerdekaan? nak suruh british datang balik lawan dgn komunis biar komunis menang ka? gila la sampai tak boleh fikir dah komunis tu siapa? kita ni siapa? Islam ka tidak? komunis tak ada agama. kita beragama Islam. mana boleh ikut ideologi komunis & memuja2 ahli komunis & perjuangan komunis zaman darurat tu?

    aku tak fahamla pembangkang ni nak apa sebenarnya! kalau nak menang undi pun, jgnla sampai menggadai kemerdekaan negara ni!! itu gelojoh & bodo namanya!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Mat sapu kata dia tak ada kata sokong komunis

    serupa juga

    Bila dia berkempen mengatakan dia tak bersalah, walaupun berada dibilik 121 bersama bini orang ...

    Kaki auta dalam PAS no 1
    Jawatan dalam PAS no 2

    ReplyDelete
  3. Jawatan Presiden PAS tu bolehlah dia beli walaupun dah dia sendiri lama terperap dan tiba-tiba boleh menang jawatan. Si bedul ADUN Kota Shah Alam pun sama bangsat dengan sipolan tu. Konon nak bantu alihkan perhatian orang dari tertumpu kat kes Anwar. Jangan harap kita boleh lupakan. Terima Kasih kat Mat Sabu dan ADUN kat atas tu kerana mengalihkan banyak undi pada BN dipilihanraya akan datang. Kita akan cetak lebih banyak borang keahlian UMNO untuk kebaikan bersama.

    ReplyDelete
  4. Salam kedapa saudara islam.....
    Saya nak cakap sikit........
    Klo komunis serang aku serang....biar mati pun aku sanggup.....butoh la komunis....pas pun dah macam komunis.....dengar cakap agama lain bangsa lain.....agama sendiri kau x junjung bangsa sendiri ko x jage.....ko sebok gan komunis.....klo komunis hidup....aku kasi mati.....bangsat sial....

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...