Bersama Berjuang

Sunday, July 24, 2011

PRU Hanya Di Depan Pintu Anda!!!


Kalau diambil dari kata-kata TS Muhyiddin Yassin, tak lama lagi kita akan menghadapi PRU.  Mgkin selepas raya, siapa yang tahu!

Perkara yang paling berlegar di kepala GT adakah BN sudah bersiap sedia untuk menghadap gelora PRU yang dijangka paling sengit dalam sejarah negara. 

Soal paling utama, pastinya pendaftaran pemilih baru yang dilakukan oleh parti-parti komponen di dalam BN.  Ia sebenarnya menjadi titik penting dalam menentukan samada jentera parti bergerak atau tidak.

Sayangnya, GT masih lagi terdengar sikap negatif di kalangan pemimpin UMNO, samada di bahagian, cawangan mahupun di peringkat penyelaras DUN sendiri.  Ia merujuk kepada jumlah daftar pemilih di mana pembangkang dilihat mendahului BN.

Antara yang diajukan ialah jumlah statistik pendaftaran bukanlah kepastian untuk suatu kemenangan.  GT bersetuju dengan kata-kata ini, akan tetapi gerak kerja pendaftaran oleh jentera pemimpin-pemimpin ini sangat mendukacitakan.  

Apakah kata-katanya sekadar alasan untuk menutup kegagalan kepimpinannya dalam mendaftarkan pemilih baru seperti yang terkandung dalam strategi yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan?  

Politics is about numbers.  Satu undi pun boleh menjamin kemenangan.  Dan kalau perkara asas untuk menang pun masih beralasan, bagaimana untuk memastikan kemenangan?

GT akui, banyak lagi faktor yang boleh menjamin kemenangan.  Dan artikel ini hanya menyentuh satu perkara sahaja.  Dan bagi GT, daftar pemilih adalah perkara paling asas dan terpenting. 

Masa yang tinggal ini, sudah menjadi kewajiban UMNO untuk memperkasakan jenteranya.  Persiapan terakhir perlu dibuat.  

Selamat berjuang, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu!!!

1 comment:

  1. ahli politik yang degil akan rugi untuk long term. malas sangat ahli politik sekarang kan?


    mungkin betul kata orang mereka yang jadi ahli politik semata mata nak duit dan kekayaan saja...lain lain ADA AKU KESAH?

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...