Bersama Berjuang

Wednesday, July 6, 2011

Pesuruhjaya PAS Selangor Bersama 50 Ribu "Anak Buah" Akan Berdemo Bantah Konsert MTV - i City 24 Julai ini?


Ini cabaran yang pertama dihadapkan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dr. Rani selaku orang no 1  yang memperjuangkan slogan "membangun bersama Islam" selama 3 penggal berkempen sebelum menang di DUN Meru.

Bahang Konsert MTV di i-City pada 24 Julai ini semakin hangat terasa, samada hangat dek kerana ternanti-nanti atau hangat kerana "bala" yang selalu PAS laung-laungkan, GT tidak pasti.  

Yang pasti, di serata kawasan malah ceruk-ceruk kampung di Meru pastinya tidak pernah lupa bagaimana isi kandungan kempen PAS yang menyelar tahap kesekularan BN dalam mentadbir.  Sambutan tahun baru cara kafir, konsert maksiat dsb.  Malah, kedengaran juga suara-suara kepiah putih mengatakan Selangor Darul Maksiat!

Kini YB Dr. Rani bertanggungjawab di seluruh Selangor.  Dan kenyataan pertama di media menerangkan tentang harga dirinya dibanding dengan Al Quran sehingga ada 2 hamba Allah menitiskan airmata... 

syahdunya ku rasa disaat ini.... Islamik sungguh!!!

Dan kini sudah sampai masanya beliau untuk mengotakan kata-katanya sewaktu belum berkuasa dahulu.  Mgkin beliau akan memberi alasan itu keputusan mensyuarat exco, dan beliau bukan exco.  

Pesuruhjaya PAS Selangor bro.. bukan kecil anak punya jawatan! Kalau combined dengan exco agama islam, pastinya suara itu kuat!!!  Tak guna jadi orang no. 1 PAS sekiranya cakap bukan main islamik, nak bertindak ibarat ayam jaguh kehilangan ekor!


Gunakan apa cara sekalipun, dan pastinya DEMONSTRASI cukup popular di kalangan Ahlul PAS!  Takkan tak boleh berdemo di Shah Alam kerana menentang konsert maksiat, seperti yang pernah diwar-warkan dahulu?  Bukankah YB Dr. Rani sudah memberi arahan kepada "anak buah" yang berjumlah 50 ribu untuk perhimpunan Bersih 2.0 itu, kerahkan sahaja "bala" itu ke i-City!

Ataupun konsert itu bakal dipisahkan dengan tabir, yang lelaki disebelah kanan dan perempuan di sebelah kiri, serta kerusi disediakan untuk para penonton?

Mungkinkah?

Sekadar menagih janji-janji sewaktu bergelar pembangkang, kerana mengikut ceramah-ceramah al degil al ostat PAS PIS PUS dulu, orang mungkir janji digelar munafik!

1 comment:

  1. Kan hiburan itu satu kabajikan! PAS hanya nak menegakkan negara kebajikan dengan konset MTV.. Nani Nik Ajis akan keluar dalil2nya....tunggu.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...