Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah walaubagaimana berkata, setiap pemain import haruslah mempunyai beberapa "ciri" agar yang hadir itu berkualiti, sekaligus membantu meningkatkan prestasi pemain tempatan.
Pemain dari ASEAN atau pun Asia hendaklah bermain di Liga Divisyen Satu negara masing2 sementara pemain dari Eropah, Latin dan Afrika hendaklah sekurang-kurangnya bermain di Divisyen Dua.
Perkembangan yang menarik ini sesungguh bakal mengujakan kembali penyokong untuk membanjiri stadium pasukan masing-masing.
GT masih ingat beberapa nama yang pernah mewakili Selangor seperti Bambang Pamungkas, Ellie Aiboy, Mehmet Durakovic, Zoran Nikolic, Robert Dunn, Karel Stromsik, Brian Fuentes, Pavel Korecjic, Dimitri Kalkanov, Mass Sarr dan ramai lagi.
Nama2 tersebut telah membuatkan Stadium Merdeka dan Stadium Shah Alam dibanjiri ribuan peminat Red Giants.
Perrggghhh.. terkenang GT zaman itu.
Bagaimanapun, FAM haruslah bersikap tegas tentang status pemain yang hendak dibawa masuk. Ini kerana kita tidak mahu melihat kuda import tempang bermain. Perlu ingatkan bahawa di saat Liga M tiada pemain import, kualiti pemain Muda Malaysia meningkat gara-gara peluang kekerapan bermain.
Hasilnya, Harimau Malaysia berada di landasan yang betul, dalam misi mengembalikan kegemilangan bolasepak negara seperti zaman Supermokh Raja Bola!
Semoga pemain import yang berkualiti dapat mempersiapkan pemain tempatan untuk menghadapi cabaran-cabaran besar yang lain seperti AFC Champions League.
Piala Dunia? Jangan pernah putus harapan... tak esok lusa, tak lusa tulat. Teruskan berusaha.
Bolasepak kita, wajah kita. Jom support...!!!
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!