Khalid Gagap akhirnya membenarkan segala ramalan dari bloggers iaitu "keldai politik DAP paling tegar" apabila membatalkan kontrak kutipan sisa pepejal yang diperolehi oleh 61 kontraktor Melayu melalui OPEN TENDER, dan bukannya DIRECT NEGOTIATION.
"Tarik tali" berhubung dengan perkara ini telah berlarutan sekian lama, sehingga pada suatu waktu Khalid berkata tindakannya hanya "membeku"kan kontrak, bukan penamatan. Hari ini segalanya terungkai seperti apa yang telah dijangkakan dari awal lagi.
Termaktub dalam sejarah bahawa ini Menteri Besar Selangor yang berjaya dibonekakan oleh DAP sehinggakan meminggirkan terus kepentingan orang Melayu. Dukacita ianya dilaksanakan dengan penuh kotor dan jijik; menafikan kontrak yang tertulis!
Melayu terus meminta-minta di bumi sendiri, "merit" dan keupayaannya telah dinafikan. Merit yang diwar-warkan oleh Pakatan adalah sekadar kosmetik untuk menidakkan peluang untuk orang Melayu, sedang yang berkeupayaan disabotaj dan "dibunuh" terus!
Dan proses "pembersihan etnik" Melayu di Selangor bukan baru, ia telah bermula pada hari pertama Khalid menduduki kerusi empuk MB. Melayu Selangor mengemis di bumi sendiri...
Apakah orang Melayu Selangor masih belum lagi sedar "malapetaka" ini?
KLIK SINI untuk sumber maklumat isu ini.
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!