“Saya memberitahu mereka nilai saya ialah al-Quran dengan menunjukkan mereka al-Quran, mereka menitiskan air mata dan keluar dari pejabat saya... saya tak jumpa mereka lepas itu... saya pun tak ingat nama mereka,”
Berdetap jantung membaca kenyataan ini. Sungguh islamik.
YB Meru sudah memulakan langkah. Dan pertama sekali adalah dengan mencari publisiti dengan menggambarkan dirinya sebagai mulia dan berpegang teguh dengan ajaran Islam.
Apakah benar dia telah didatangi oleh individu yang mengaku mewakili UMNO dan ditawarkan imbuhan wang tunai seperti yang didakwa Malaysian Insider? Atau sekadar rekayasa dan propaganda ciptaan PAS Erdogan?
Sekadar bercerita tanpa menyebutkan nama, ia ibarat cerita rekaan yang boleh diolah baik oleh kanak-kanak tadika PASti. Dan lazimnya, isu yang sama turut dimainkan oleh pemimpin pembangkang untuk menunjukkan mereka bersih dan UMNO jua yang kotor...
Isu yang di"recycled" sekerap mungkin, lebih2 lagi oleh mereka yang sedang meningkat naik...
“Ini soal UG (kerajaan perpaduan) ini jangan dikatakan lagi, bagi saya sudah tidak ada lagi soal UG ini... kami (PAS) akan kekal dalam Pakatan Rakyat, akan bersama dengan Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya umum,” kata beliau.
Sudah terang lagi bersuluh. Ciri Erdogan tulen!!! Andai diimbas kata-katanya bahawa nilai dirinya adalah "Al Quran" sehingga dua individu yang disebutkan menitiskan airmata, bagaimana pula perintah Allah untuk penyatuan Islam ditolak ketepi pula?
Wahhh...!!! Hebat pula berbicara dengan meletakkan dirinya semulia Al Quran!
Rakyat faham bahawa semangatnya sedang membuak ekoran perlantikannya, namun janganlah dikotorkan kesucian Al Quran demi sebuah publisiti!
Akhirnya orang no. 1 PAS Selangor telah menghumbankan idea perpaduan Islam di lubang jamban jua... Padanlah DAP dan PKR berkenan sungguh dengan YB Meru ini!!!
nampak gaya macam geng songkok tinggi gak nie....
ReplyDeleteAssalam Bro
ReplyDeletePercaya ke apa yang dia kata.... mana bukti... DNA ke, Video besi ke, oh silap... 4 saksi ada? Yang 2 orang bodoh yang datang merayukan dia tu syaitan dan jembalang.. apa nak di kisahkan... Ada aku kisah... macam pemimpin sampah aje... Bodoh
Takde bukti 4 saksi boleh kena Qazaf DR....Tak caya boleh tanya tuan penasihat Anwar Ibrahim....Kalau betul2 pejuang Islam tolong settlekan isu arak 7Eleven kat S.Alam tu.....Hukum tetap hukum,bukan org selain PAS saja yg akan disoal di akhirat nanti....
ReplyDelete