Perhatikan gambar diatas.
Andai Dr. Mahathir dalam kenyataannya mempersoalkan Nicky Arjis baru sedar dan memahami surah Al Baqarah, cuba kita selusuri makna terpendam dari kain rentang berkenaan.
Kita semua tahu bahawa wanita diletakkan di martabat yang tinggi oleh Allah. Dan peribahasa Melayu juga menyebut "syurga di bawah tapak kaki ibu". Begitulah hebatnya wanita di sisi agama Islam dan adat Melayu.
Dan adakah Pesuruhjaya PAS Selangor ini baru mengerti perkara tersebut setelah berbagai fatwa dikeluarkan oleh PAS mengharamkan penyertaan wanita? Sebagai contoh, PAS berfatwa bahawa adalah haram bagi wanita ditabalkan sebagai calon pilihanraya. Akhirnya?
Bukan itu sahaja, PAS juga menjadikan wanita sebagai "indemnity", dalam bahasa bermaksud gantirugi. Maruah wanita dirobek-robek apabila PAS mencipta baiah talak tiga yang meletakkan taraf wanita sebagai "deposit" agar si suami tidak keluar dari parti tersebut.
Ibarat kereta yang tidak dibayar, akhirnya ditarik jua... begitulah konsep "barang dagangan" atau bentuk indemnity yang mudah untuk kita fikirkan.
Apa tujuan YB Dr. Rani mewujudkan kain rentang berkenaan? Adakah YB Dr. Rani juga telah mengangkat sumpah baiah itu?
Itu GT tidak tahu. Semoga YB Dr. Rani boleh beri jawapan. Namun yang pasti, bukti wujudnya baiah talak tiga telah didedahkan oleh ADUN PAS Gunung Semanggol, YB Hj Ramli Tusin.
Bagaimana jika YB Dr. Rani tidak pernah mengangkat sumpah itu, sedangkan YB Gunung Semanggol telah berbuat demikian?
Itu bermakna PAS buat baiah ikut suka kepala hotak diorang jew... takde LAW! Masing-masing ikut suka masing-masing, tapi pandai pula sepakat berkata Islam adalah panduan mereka!
Kesimpulannya, Islam memang memartabatkan wanita, tapi bukan PAS! Pengundi DUN Meru jangan tertipu dengan kata manis Islamik pada kain rentang tersebut.
Video dibawah adalah bukti yang sahih bahawa baiah talak tiga PAS itu wujud, bukannya konspirasi atau fitnah.
Kata Tun - http://chedet.co.cc/chedetblog/2011/06/ketaksuban-puak-assabiah.html
ReplyDelete