Bersama Berjuang

Tuesday, June 21, 2011

MESTI BACA: Fakta Sebenar Yang Cuba Diselewengkan oleh Msiakinibabi!


Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini dimaklumkan bahawa tiada sebarang layanan istimewa kepada syarikat Ron Niaga Sdn Bhd milik Shamsudin Haryoni sungguhpun ia mendapat sokongan Menteri Besar Selangor ketika itu, Dr. Mohamad Khir Toyo.

Menurut bekas Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Datuk Harun Salim, semua permohonan penswastaan bersama dengan PKNS sama ada melalui Menteri Besar, EXCOm, ADUN atau yang terus kepadanya harus melalui prosedur yang sama.

Prosedur tersebut ialah melalui penelitian oleh Bahagian Korporat PKNS bagi menentukan kedudukan tanah, kemampuan syarikat dan faedah kepada PKNS. Mahkamah dimaklumkan bahagian korporat akan menyediakan kertas kerja penswastaan tersebut untuk di bawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Penswastaan PKNS.

Jawatankuasa Penswastaan PKNS dianggotai oleh Menteri Besar Selangor, Pengurus Besar PKNS, dua orang wakil kerajaan Persekutuan, Pengarah JKR Negeri (dan dua orang lagi yang disebut tetapi tidak jelas kepada pemerhati dalam mahkamah).

Pada perbicaraan yang masuk hari ketujuh hari ini, Harun juga memberitahu, bahawa Ron Niaga ada menghantar surat agar PKNS mempertimbangkan semula syarat berhubung bon pelaksanaan juga melalui Dr. Mohamad Khir.

Saksi menambah, pada surat itu terdapat tulisan tangan yang menyatakan ‘syarikat ini adalah syarikat bumiputera dan mempunyai rekod baik serta tidak mendatangkan masalah’ adalah sokongan daripada Dr. Mohamad Khir.

Bagaimanapun Mahkamah dimaklumkan oleh Datuk Harun bahawa hanya diberikan tempoh lanjutan sehingga April 2008 sungguhpun syarikat terbabit merayu  lanjutan tempoh sehingga 31 Disember 2009.

“Bagaimanapun permohonan yang dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Penswastaan PKNS dan diluluskan untuk dilanjutkan selama dua tahun, iaitu sehingga April 2008 sahaja,” kata Harun.
Sementara itu, menjawab soalan peguam M. Athimulan yang mewakili Mohamad Khir, saksi bersetuju bahawa Mohamad Khir tidak mempunyai sebarang penglibatan dalam perjanjian antara PKNS dan Roniaga.

Athimulan: Adakah kelulusan oleh Jawatankuasa Penswastaan kepada Ron Niaga adalah berdasarkan perkara-perkara yang akan membawa keuntungan kepada PKNS mengikut syarat kepada syarikat-syarikat lain?

Harun: Ya.

Athimulan:  Adakah terdapat kelonggaran diberikan pada mana-mana syarikat?

Harun: Tidak boleh, ia salah dan tidak pernah.

Athimulan: Tidak ada dasar pilih kasih? Jika syarikat tidak layak, ia tidak akan diluluskan?

Harun: Ya.

Harun juga menegaskan Dr Khir tidak mempunyai kuasa meluluskan sebarang projek biar pun ia mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa penswastaan.

Saksi memaklumkan bahawa penukaran Bon Jaminan kepada Jaminan Pengarah/Pemegang Saham Syarikat yang diminta oleh RON NIAGA dan disokong oleh Dr. Khir bukanlah perkara luar biasa.

Ada syarikat-syarikat lain juga mendapat penukaran ini, namun saksi tidak ingat jumlahnya dan sejak bila amalan tersebut dilakukan. Mahkamah juga dimaklumkan syarikat Ron Niaga membayar bahagian PKNS mengikut jadual dan perjanjian yang ditetapkan.

Saksi juga menegaskan Dr. Mohamad Khir tidak masuk campur dalam sebarang urusan perjanjian antara Ron Niaga dengan PKNS.

Dalam sesi pemeriksaan semula oleh Pendakwaraya, saksi menyatakan sama ada MB setuju atau tidak, keputusan muktamad adalah oleh Jawatankuasa Penswastaan.

Menjawab pertanyaan Hakim, saksi turut sahkan tanah yang hendak dibangunkan ialah milik PKNS bukannya milik kerajaan negeri.

Sumber:  MyKMU

GERAKAN TIMUR:
Artikel di atas adalah dari sumber yang sahih dan sekaligus menafikan artikel dari Msiakinibabi yang berbohong berkenaan fakta sebenar kes perbicaraan Dr. Khir.  Dan pembohongan laporan Msiakinibabi juga telah disahkan oleh Mahkamah. KLIK SINI

Mgkin Dr. Khir sudah boleh berkira-kira untuk mengambil tindakan ke atas Msiakiniababi, selain dari Ng Suwey Lim yang dikhabarkan sedang dalam senarai teratas.

Jangan biarkan anda terus tertipu dengan pembohongan media terutamanya media pembangkang.  Ikuti prosiding mahkamah dengan telus  DISINI.

1 comment:

  1. btol tu GT. Sokong sebab ape yang diberitakan di MK memang bohong. tak ada yang betul.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...