Bersama Berjuang

Friday, May 27, 2011

RANCANGAN MENYINGKIRKAN USTAZ NASHA DIKEPALAI OLEH NICKY ARJIS?


Apa yang tersirat disebalik keputusan Tuan Ibrahim Tuan Man untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS yang menjadikannya 3 penjuru, Ustaz Nasha, Mat Sabu dan dia?  

Rupanya Tuan Ibrahim adalah anak saudara kepada Nicky Arjis, satu lagi kroni Pork Nik yang berada di dalam PAS untuk mengukuhkannya sebagai parti anak beranak, seperti DAP dan PKR.  

Sikap kepura-puraan Tuan Ibrahim apabila mengumumkan tidak akan bertanding, dan kemudian sebaliknya seakan membuktikan terdapat percaturan politik dalam hierarki PAS yang sedang dirancang.  

Apa dia?  GT melihat terdapat usaha untuk menyingkirkan Ustaz Nasha yang dikenali sebagai pro perpaduan sehinggakan dibenci oleh Nicky Arjis.  Apakah Tuan Ibrahim selaku ANAK SAUDARA diutus oleh Nicky Arjis sendiri untuk memastikan idea perpaduan terkubur terus dengan memecahkan undi menyokong golongan pro ularmak, yang akhirnya memberi "advantage" kepada Mat Sabu?  

Ustaz Nasha dilihat sebagai batu penghalang golongan Erdogan berkuasa, dan sudah tentu Anwar tidak senang melihat perkara ini.  Itulah mudahnya apabila sudah berjaya "mengikat" Nicky Arjis, dan bila-bila masa boleh sahaja dikeldaikannya.  

Nicky Arjis tidak peduli, dendam amarah syaitannirrajimnya meluap-luap.  Asal UMNO terkubur, dia tidak pernah memikirkan hala tuju PAS yang sekian lama ditunjangi oleh pengasas dan pejuang PAS yang terdahulu.  

Cabaran yang besar menanti Ustaz Nasha, untuk mengekalkan jawatan no. 2 PAS itu nanti.  Adakah dia juga bakal ditamatkan riwayat politiknya?  

Sama - sama kita tunggu nanti...

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...