Tersenyum GT apabila ada sahabat yang berceritakan hal ini malam tadi.
Alkisahnya, ada sebuah jalan yang belum diturap. Maka hadirlah beberapa individu yg terkenal di kawasan itu dalam membantu penduduk menyelesaikan masalah berkaitan infrastruktur. Rupanya kelulusan telah diberi untuk kerja-kerja penurapan jalan setelah berbulan-bulan cuba mendapatkan peruntukan dan perkara ini telah diberitahu kepada penduduk berhampiran dengan lokasi jalan itu.
Keesokkan harinya muncul pula 2 ahlul PAS menemui penduduk. Berkatalah si P, ketua kg lantikan PAS bahawa jalan tersebut akan diturap oleh kerajaan Negeri hasil usaha mereka. Si D pula berkata inilah hasil darinya tanpa jemu membangkitkan perkara ini berkali2 dalam mesyuarat surau.
Penduduk hanya tersenyum mendengar penjelasan oleh mereka kerana mereka tahu siapa yang datang sehari sebelum itu memberitahu bahawa projek ini telah diluluskan.
Sedang rancak berkata-kata, tiba-tiba si D berkata "sebenarnya semalam aku tgh buat kerja kat tepi rumah. lepas tu ternampak si M dan 2 orang lagi check jalan tu.. tu yang aku terus telefon P.. opssss!!!" sambil menekup mulutnya...
HAHAHAHA... terkantoi sudah. Padanlah cepat-cepat datang jumpa orang kg dan nak jual kelentong. Sebenarnya mereka ini cuba mengambil kredit dari usaha orang lain. Inilah kerja puak PAS yang suka menumpang atas usaha orang lain. Nak mentadbir? Ditonjol-tonjol kepala diorang oleh DAP.
Sahabat juga ada beritahu, si D tu sebenarnya pernah berjanji untuk turap jalan tersebut sempena kemenangan PAS di DUN itu. Namun janji tinggal janji, akhirnya 2 bulan selepas itu, si D ini datang dan memberitahu bahawa kerajaan negeri TIADA DUIT!!! Kerajaan Selangor tiada duit? Mudahnya si D ini diperbodohkan oleh orang atasan dia.. hehehehe...
Dan sahabat ini pun hairan, bila pulak si D selalu hadir ke mesyuarat surau, sedang ke surau pun jarang2... apa kena mengena pulak surau dengan projek turap jalan...
Itulah mentaliti ahlul PAS, nak cuba berbohong tapi bengong. Allah nak tunjukkan bahawa mereka ini kaki putar, itu yang dikantoikan hidup-hidup depan orang ramai...
Sebenarnya, puak-puak ini pun menerima projek, bantuan dan berbagai-bagai lagi dari kerajaan Pusat tapi tidak pernah berterima kasih. Ia selaras dengan fatwa penganut PAS, orang beri kita ambil, tapi undi rahsia. Dalam konteks diatas, susu punya hal, LEMBU nak nama...
Menumpang hasil usaha orang, menghirup kemewahan tanpa berterima kasih, spt parasit. Maka amat tertepatanlah artikel GT hari ini dengan tajuk PARASIT PASRASIT
salam, blog ini sudah dipaut
ReplyDelete