KUALA LUMPUR  12 Mei – Penafian demi penafian Ketua Pembangkang,  Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung  gelaran pandi kutty bukan satu  perkara pelik dan bukanlah sesuatu yang janggal kerana Anwar sememangnya  mempunyai kebolehan dan bakat semulajadi dalam soal putar belit.
Perkara ini diakui oleh bekas Setiausaha  PKR Selangor, Mohd Nazmi Rosli yang sebelum ini begitu aktif bersama  parti pembangkang tersebut khususnya  Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau tindakan Anwar yang sering menyalahkan orang lain   sudah cukup sinonim dan perkara itu dapat diperhatikan sejak kes liwat  pertama yang dihadapi oleh Anwar pada 1998 dahulu yang mana semua pihak  menjadi bahan putar belit beliau.
“Jika dalam industri hiburan negara mempunyai Jamal Abdillah yang  mempunyai suara yang begitu unik, dalam bab politik kita boleh akui  negara mempunyai tokoh putarbelit yang tidak lain dan tidak bukan iaitu  Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar yang mana beliau cukup hebat dalam  soal seumpama itu. Sebagai contoh kalau dia pegang rambut Azizah, namun  dalam masa beberapa saat, dia boleh tukar kata dia tidak sentuh pun. Itu  pun orang akan percaya.
“Itulah kehebatan Anwar yang tidak ada pada mana-mana tokoh politik  lain di negara ini. Justeru saya amat berharap sekutunya Pas  perbanyakkan lagi solat hajat agar ditunjukkan kebenaran dan insyaallah,  lambat laun mereka akan dapat lihat wajah sebenar manusia yang bernama  Anwar,” katanya.
Sebelum ini, Anwar mengakui bahawa beliau ada menyebut perkataan  pandi kutty yang bermaksud ‘anak babi’ dalam ceramahnya Sabtu lalu.
Bagaimanapun Anwar menafikan gelaran itu ditujukan kepada Perdana  Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagaimana didakwa pelbagai pihak  tetapi menujukan kepada UMNO.
Mohd Nazmi seterusnya menegaskan kecelaruan Anwar yang semakin hari  semakin terserlah tidak dapat diselindung lagi dan lantaran itulah Anwar  hari ini umpama hilang punca dan cakap merapu serta mencaci  yang tidak  sepatutnya keluar daripada tokoh yang menjadi idola kepada rakan  sekutunya di dalam pakatan pembangkang.
“Mungkin Anwar makin sedar rakyat sedang memerhatikan beliau dan  keluh kesah itu menjadikan dirinya tidak seimbang yang akhirnya  menyebabkan beliau tersilap langkah dan cepat-cepat mahu menutup perkara  berkenaan. “Namun beliau lupa kuasa Allah yang maha esa dan penentu  kepada segala-galanya,” ujar beliau.
 

 

No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!