Bersama Berjuang

Monday, May 23, 2011

JEFF OOI LIDAH BIAWAK PENIPU PEMBOHONG DI DAPATI BERSALAH MEMFITNAH MELAYU ISLAM!

GEORGE TOWN, 23 Mei — Mahkamah Tinggi mengarahkan Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi agar membayar RM150,000 kepada seorang bekas ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang dari PKR berhubung tuduhan fitnah termasuk kerana menggambarkannya sebagai “orang gila.” 
 
Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera juga mengarahkan Ooi membayar RM20,000 sebagai kos dan faedah lapan peratus, yang akan dikira daripada tarikh penghakiman sehingga hari pembayaran.

Laporan Bernama menyebut, Vazeer Alam menetapkan ganti rugi am sebanyak RM100,000 dan ganti rugi keterlaluan sebanyak RM50,000, dengan faedah lapan peratus mulai hari ini sehingga tarikh pembayaran.

Mahkamah turut mengeluarkan perintah menghalang Ooi daripada terus mengeluarkan kenyataan yang keterlaluan terhadap Mohd Razali.

Vazeer Alam dipetik berkatam pembelaan Ooi bahawa kenyataannya itu bersifat ulasan yang adil tidak dapat diterima kerana antara perkataan yang digunakan oleh beliau “mad man” (orang gila) selain mendakwa Mohd Razali sebagai seorang ekstremis Islam.

Vazeer Alam berkata, walaupun Ooi tidak mengaku perkataan “mad man” itu digunakannya semasa satu sidang akhbar tahun lalu, dua saksi bebas memberi keterangan di mahkamah bahawa Ooi menggunakan perkataan itu.

Katanya, mahkamah juga mendapati saksi yang dipanggil Ooi iaitu pegawai khasnya, Teng Kar Yuen, tidak boleh dipercayai kerana Teng mempunyai hubungan dengan Ooi.

Ooi didakwa pada 1 Februari 2010 kerana memfitnah Mohd Razali dengan niat jahat termasuk mendakwanya ekstremis Islam.

GERAKAN TIMUR:
DAP berlidah biawak dan tidak boleh dipercayai.  Ini adalah bukti yang nyata bahawa fitnah,  penipuan dan pembohongan adalah permainan mereka kerana tiada dosa dan pahala dalam hidup mereka.  Asal boleh menang.

Tetapi ramai pula orang Islam dan Melayu termakan pujuk rayu apabila DAP berkata mereka mahukan Islam sebagai agama rasmi dan hak istimewa orang Melayu dipertahankan.  Alahai lemahnya kamu wahai Melayu...

Aduhai malang Pak Kaduk, ayamnya menang kampung tergadai....

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...