Kenyataan Media GAPS
Persoalannya adalah Merit kah bila orang kaya juga dapat biasiswa ?
GAPS amat tertarik membaca kenyataan Presiden MCA - MCA insists top scorers get overseas scholarships. Baca seterusnya disini - http://www.freemalaysiakini. com/modules.php?name=News& file=article&sid=12886
Nampaknya perkelahian antara komponen BN masih belum selesai dalam hal biasiswa. Setiap tahun dalam bulan Mei-Jun MCA dan MIC serta UMNO akan menjadi juara kaum masing-masing dalam hal ini.
Nampaknya perkelahian antara komponen BN masih belum selesai dalam hal biasiswa. Setiap tahun dalam bulan Mei-Jun MCA dan MIC serta UMNO akan menjadi juara kaum masing-masing dalam hal ini.
GAPS melihat isu ini harus diselesaikan secara tuntas agar ianya tidak menjadi polemik tahunan yang tidak menguntungkan rakyat.
Persoalan asas adalah apa dia kriteria merit yang digariskan oleh kerajaan dalam pemilihan biasiswa ? Berdasarkan keputusan peperiksaan ? Latar belakang pendapatan/ekonomi keluarga ? Kegiatan ko-korikulum ? Berdasarkan kaum/bangsa ?
Apakah pula merit keadilan sosial yang cuba hendak dicapai dinegara ini ? Adakah berdasarkan yang kaya terus bertambah kaya, manakala yang miskin terus papa kedana.

Adakah pemimpin BN selesa jurang kaya miskin terus melebar dinegara ini ? Adakah mereka yang kurang bernasib baik terus mahu ditindas kerana regim perkauman yang menebal dikalangan semua pemimpin politik dinegara ini ? Adakah masadepan untuk Anak Malaysia di negara ini ?
Adakah sebenarnya setiap rakyat malaysia BERHAK mendapat biasiswa ? Perlembagaan Persekutuan hanya mengariskan orang Melayu dan Bumiputera mempunyai HAK untuk menerima biasiswa. Perlembagaan ini di buat oleh Suruhanjaya Reid, bukan oleh pemimpin Melayu.
Nyata Ahli-ahli Suruhanjaya Reid adalah mereka yang berpandangan jauh berbanding sesetengah ahli politik parti pemerintah dan pembangkang yang sangat bersifat perkauman dan chavanistik.

Kalau Soi Lek tak setuju, dia kena pinda perlembagaan yang digubal oleh Lord Reid ini. Soi Lek wajar bersikap lebih objektif dalam kepimpinannya.
Soi Lek juga kena belajar menjadi pemimpin untuk semua rakyat malaysia, bukan menjadi jaguh untuk bangsanya sahaja.
Cukup lah Do Xiang Zhong, Perkasa dan Hindraf menjadi jurucakap bangsa masing-masing. Mereka cemerlang dalam bidang itu.
Manakala pemimpin parti politik harus berjiwa besar membina negara bangsa. Mereka harus berani mempertahankan kepentingan semua kaum berdasarkan asas undang-undang iaitu Perlembagaan Persekutuan.
Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
As-salam tuan,
ReplyDeleteMohon jasa baik tuan untuk linkkan blog baru kawan http://kawahberapi.blogspot.com/ ke blog tuan.
Blog lama kawan UP4U2C terpaksa dipadamkan kerana masalah teknikal.
Terima kasih... YNWA!!!!
Kat Tanah Melayu ni yg selalu dapat untungnya Cina kerana pemimpin Melayu(Umno) tak bela Melayu tapi bela Cina.
ReplyDelete