Bersama Berjuang

Tuesday, May 24, 2011

APA STATUS "ANJING" YANG MENGGIGIT PEGAWAI POLIS?

Apa status Tian Chua sebenarnya?  

Mahkamah semalam telah menolak rayuannya berhubung dengan insiden dimana dia menjadi "anjing"; menggigit seorang pegawai polis pada 2007.

Naib Presiden PKR itu memberitahu bahawa mahkamah menolak rayuan ekoran bantahan timbalan pendakwa raya bahawa ia difailkan selepas tempoh 14 hari yang dibenarkan oleh undang-undang.

“Jadi hukuman tidak dicabar dan keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan dan status saya tidak berubah,” kata wakil rakyat penggal pertama ini.

Jadi, bagaimana pula dengan satu kes pada 1975 dimana anggota Parlimen DAP Fan Yew Teng terpaksa mengosongkan kerusi Parlimen Menglembu setelah beliau dihukum penjara enam bulan dan didenda RM2,000 kerana disabitkan kesalahan mengikut Akta Hasutan?

Bukankah itu contoh terbaik bahawa status MP Tian Chua itu gugur?

Mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika beliau disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan beliau tidak mendapat pengampunan.

Keadilan di mahkamah perlu dilaksanakan walau apa juga rintangannya.  Dan mahkamah perlu siap sedia untuk dilabel berat sebelah dan zalim seandainya status MPnya digugurkan nanti.  

Tipikal Anwarisme...  Tak percaya?  Korang tunggulah!

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...