Menyorot kisah perjuangan politik Pehin Sri Taib Mahmud, ramai yang beranggapan bahawa beliau mengamalkan corak kuku besi. Perkara yang sama juga pernah dilemparkan terhadap Tun M kerana berkuasa dalam satu jangka waktu yang lama. Inilah persepsi jahat pembangkang dalam usaha untuk menumbangkan pemimpin yang kukuh di hati rakyat.
Pehin Sri telah memacu Sarawak ke satu tahap yang berbeda. Jasanya jangan pernah diragui.
Anwar dan kuncu2nya menggunakan modus operandi dan teknik yang sama spt yang dilakukan terhadap Tun M. Usaha menggambarkan Pehin Sri sebagai kuku besi, terlampau lama berkuasa, kroni dan sebagainya. Dalam menuduh Pehin Sri lama memegang kuasa politik Sarawak, mereka sebenarnya harus mengukur baju di badan sendiri. Rakyat, perhatikan bahawa dalam pembangkang sekalipun, ramai yang telah lama berkuasa dalam parti, namun gagal menguasai kerajaan berikutan penolakan rakyat terhadap mereka.
Pehin Sri Taib Mahmud memegang kuasa politik di Sarawak lebih kurang 30 tahun, sedangkan:
Lim Kit Siang, berumur 70 tahun dan bertanding dan menang di kerusi Parlimen Kota Melaka pada 1969, usia politiknya menjangkau 42 tahun.
Karpal Singh, bertanding dan menang pada 1974 di kerusi DUN Alor Setar, usia politiknya 37 tahun.
Hadi Awang, berumur 64 tahun, bertanding dan menang pada 1982 di Marang, usia politiknya sudah 29 tahun. Sempat memegang tampuk MB selama 1 penggal sebelum di humbankan ke laut china selatan oleh rakyat Terengganu.
Nik Aziz, 80 tahun, menang pada 1967 di Pengkalan Chepa, sudah 44 tahun berpolitik dan menjadi MB Kelantan selama 20 tahun. Menjadikan Kelantan negeri maju dengan terbinanya pasaraya besar seperti Carrefour. Calon terbaik sebagai MB Kelantan seumur hidup.
Ini adalah bukti bahawa mereka juga memegang kuasa politik dalam jangkasama yang cukup lama. Mengapa tidak pernah ada pertikaian dalam usia mereka berpolitik? Mengapa hanya pertikai karier politik pemimpin BN?
dengki la tu sebab mrk belum merasa memegang tampuk pemerintahan negara. jika mrk dah lama mereput di puncak putrajaya mungkin tarak bunyi punyala....sedar2 dah reput luruh ke bumi!!!
ReplyDeletePehin Sri Taib Mahmud pegang kuasa politik di Sarawak lbh kurang 30 tahun, sedangkan:
Lim Kit Siang, berumur 70 tahun dan bertanding dan menang di kerusi Parlimen Kota Melaka pada 1969, usia politiknya menjangkau 42 tahun.selama itu jugakla dia jdi pengerusi dap.
Karpal Singh, bertanding dan menang pada 1974 di kerusi DUN Alor Setar, usia politiknya 37 tahun.
Hadi Awang, berumur 64 tahun, bertanding dan menang pada 1982 di Marang, usia politiknya sudah 29 tahun. Sempat memegang tampuk MB selama 1 penggal sebelum di humbankan ke laut china selatan oleh rakyat Terengganu.
Nik Aziz, 80 tahun, menang pada 1967 di Pengkalan Chepa, sudah 44 tahun berpolitik dan menjadi MB Kelantan selama 20 tahun. Menjadikan Kelantan negeri maju dengan terbinanya pasaraya besar seperti Tesco. Calon terbaik sebagai MB Kelantan seumur hidup.
nak tanya jugak ka melayu pulau pinang. lim guan eng naik jadi ketua menteri ni ada sapa2 ka yg dia bagi rumah pprt ka sebijik? kawasan riadah ka sebidang? kereta jenazah ka utk setiap masjid & surau? wakafkan tanah dia ka utk kubur orang melayu yg dia minta undi? kawasan berniaga orang2 melayu tengah2 georgetown, dekat2 komtar ka?
bunyi kata setaraf khalipat? awai2 dulu naik flight kelas ekonomi, konon nak tunjuk baik, tak bangga diri w/pun dah jadi cm tapi sekali tu sjlah berlakon baik. lepas tu gatai pungkoq kalau tak duduk business class plak!
taktaula bila dia boleh dijatuhkan selagi semua china ppinang sokong dia. gerenti tak turun punya melainkan dgn kuasa Allah SWT mendengar rintihan melayu yg tertindas..2 exco pas sudah tentu tak kisah sbb mrk tengah sedap menjadi khadam khalipat.
itula...mudah sgt termakan pujuk rayu dap. sekarang pulau tu dah jadi adik pap komunis punya! hambik hang!! sikit hari lagi ppinang pulau maju tapi orang melayu hanya memandang dari seberang penuh syahdu & sendu....ahuk! ahuk! ksian kwn aku yg di bt feringghi kena impit dgn depa kiri kanan...kalu tak tahan mana dia nak pi? asai beranak pun di bt feringghi, kerja pun di bt feringghi, takkan kena bawak diri kut?
Kuman seberang laut NAMPAK! Gajah kt depan mata LANGSUNG tak nampak..
ReplyDeleteItulah hakikat PEMBANGKANG....
Muak betul dengan cerita politik, sudah2 lah tu... banyak lagi kerja berpaedah lain boleh dibuat...
ReplyDeletePilihanraya negeri je pun... belum General Election lagi...
Benci Politik!
Nilailah sendiri...
lawak gila suraya ni..x suka politik x payah ler masuk blog politik hehehe
ReplyDelete