DAP cuba mengambil kesempatan dari kes terbaru berkenaan kematian pegawai kastam dengan mengaitkannya dengan kematian TBH dalam kempen ceramahnya di Sarawak.
TBH dipanggil sebagai saksi tentang kes penyelewengan ADUN Selangor. Saksi beerti orang yang dapat memberi maklumat tentang apa yang sebenarnya berlaku. Saksi beerti orang itu akan menyebelahi pihak SPRM. Matinya TBH beerti SPRM telah kehilangan orang yang mempunyai bukti kukuh tentang kes yang sedang disiasat. Oleh yang demikian, kematian TBH bermakna SPRM tidak dapat meneruskan siasatan ke atas ADUN berkenaan. Kesimpulannya, kematian TBH "menguntungkan" ADUN yang sedang disiasat oleh SPRM.
Jelas???
Pentadbiran DS Najib yang telah berikrar untuk memerangi rasuah rupanya menemui kesukaran berikutan kematian seorang pegawai kastam. Usaha untuk memerangi rasuah bukanlah perkara yang mudah, namun GT berharap kerajaan konsisten dalam perkara ini.
Kita tidak mahu isu kematian ini membantutkan usaha kerajaan untuk menyiasat kehilangan RM108 billion. GT tidak menafikan bahawa kastam berjaya memungut RM28 billion setahun, namun ia bukanlah menjadi kayu ukuran sedangkan kutipan hasil itu seharusnya melebihi dari angka 28 billion. Jadi, kehilangan RM108 billion wajib disiasat.
Kerajaan pastinya mempunyai dasar yg kukuh dengan melakukan siasatan ini. RM108 billion menunjukkan rasuah telah berakar umbi dan bertunjang di dalam Kastam itu sendiri. Pastinya terdapat penyelewengan dan rasuah terutamanya "permainan under declare" berhubung nilai cukai yang wajib diistiharkan.
GT faham tugas Kesatuan Kastam; memberi perlindungan untuk ahlinya. Namun desakan untuk membersihkan nama Sarbani dari dakwaan "membunuh diri" sebenarnya satu permintaan yang tiada dasar. Mereka mendesak, namun lebih penting kita berpandukan hasil siasatan.
Kini, terdapat pula khabar angin bahawa ada pihak di dalam Kastam dan Forwarding Agent mahu melaksanakan mogok. Ini sebenarnya satu sabotaj terhadap perdagangan negara dan juga satu ugutan kepada Kerajaan.
Nampaknya, ada pihak-pihak yang sudah panas bontot melihat mereka yang terlibat sudah mula ditahan dan didakwa di mahkamah. Pihak-pihak ini cuba menggunakan kematian Sarbini untuk mengugut kerajaan.
Persoalannya, siapakah pihak-pihak ini? Adakah mereka takut atas kesalahan rasuah masing2 akan terbongkar? Mengapa pula forwarding agent masuk campur dalam urusan pembersihan rasuah terhadap Kastam? Siapa di sebalik forwarding agent ini??? Apakah terdapat hubungkait antara forwarding agent dan pegawai kastam dalam isu kehilangan berbillion-billion duit rakyat ini?
Ada pihak yang cuba menyelamatkan diri dengan memanipulasi isu kematian Sarbini untuk mengaburi mata rakyat. Pihak ini juga dilihat disertai oleh pembangkang terutamanya DAP yang seolah-olah panas apabila misi membersihkan rasuah di dalam KASTAM. Mereka seolah-olah mahu mengalihkan fokus rakyat dari isu utama disini iaitu RASUAH!!!
Persoalannya, mengapa terasa panas???
Soal Sarbini biarlah pihak berkuasa yang tentukan, bukannya Kesatuan. Desaklah walau Suruhanjaya Diraja ditubuhkan sekalipun, GT akan menyokong. Namun, jgnlah bertindak dengan emosi, tanpa melihat kepada hasil siasatan. Dan kita harus teruskan fokus untuk membanteras RASUAH yang mengakibat berbillion wang rakyat hilang!
DAP mengambil kesempatan ini untuk menghidupkan semula sentimen TBH dalam kempen mereka!
Rakyat Sarawak dan seluruh rakyat Malaysia jangan terpedaya!!!
sikit sikit isu tbh, apa yang istimewa sangatnya tbh tu, ramai lagi yang perlu diberi perhatian,kasi je pada rci yang buat kerja malaun bahlol DAP penyangak di bumi malaysia..
ReplyDeleteantijumus