Bersama Berjuang

Friday, April 15, 2011

JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA ANDA SEMUA!!! GT TELAH KEMBALI BERSIARAN!!!


GT ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua, pembaca budiman yang mendoakan keselamatan isteri GT yang melalui pembedahan yang cukup berisiko tinggi pada hari Selasa lalu.  Ini adalah kes yang serius dan jarang berlaku.  Oleh yang demikian, pembedahan tersebut telah dipantau oleh 2 orang Timbalan Pengarah Kementerian Kesihatan. 

Alhamdullillah, isteri selamat menjalani pembedahan ini dan GT telah dikurniakan seorang puteri yang cukup comel.  Ibu dan anak sihat.  

Terima kasih juga kepada staff nurse, jururawat pelatih dan bahagian keselamatan juga pekerja hospital di bahagian khidmat pelanggan Hospital Sg Buluh, Selangor yang cukup membantu sepanjang waktu yang mencabar ini.  Pendekatan yg mesra pelanggan terserlah dihiasi dengan sopan santun, wajah kita orang Timur!

Sedikit yang ingin GT kongsikan, 2 minggu isteri ditahan di wad dan pembedahan hanya melibatkan bil perubatan sebanyak RM300!!!  Apa lagi yang ingin GT rungutkan?  Kos yang cukup2 berpatutan.  Terima kasih Kementerian Kesihatan Malaysia yang cukup prihatin kepada rakyat biasa spt GT ini!

Dan kepada anda, Gerakan Timur akan kembali bersiaran dengan lebih bersemangat, kerana punya tanggungjawab memastikan masa depan puterinya agar terjamin, dan jaminan ini semestinya tidak akan berdasarkan pembohongan!  

Terima kasih sekali lagi kepada anda semua!!! 

7 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Tahniah GT. harap terus berkarya dengan semangat perjuangan yg utuh...

    ReplyDelete
  3. salam,
    semoga tuan dapat membantu mempromosikan blog baru ini:

    http://nalurirakyat.blogspot.com/2011/04/panas-antara-ds-najib-dan-anwar.html

    tq...

    ReplyDelete
  4. Semoga lebih ceria dan bersemangat bro!.... Tahniah Tahniah...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah Syukur kerana isteri dan anak semua telah selamat dan sihat WalAfiat..Tahniah.. Syukur pada Illahi..

    ReplyDelete
  6. Anon 11.46 & 1.10,

    Terima kasih. GT akan berjuang kembali..

    Naluri Rakyat,
    Settled!

    Pacat,
    GT tak sabar nak tumbangkan fuckatan selangor!

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah....syukur kepada Allah,semuanya dah selamat.tahniah kerana dapat bay yg comel.semoga tambah menyerikan lg rumah tangga dan kehidupan.
    Teruskan perjuangan bro.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...