Bersama Berjuang

Friday, April 22, 2011

EZAM: PELAKON VIDEO XXX KARYA AGUNG PERLU DIHUKUM!!!

Pelaku dalam rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang, sepatutnya turut dihukum atau diambil tindakan tegas memandangkan dia telah melakukan perbuatan yang keji.

Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, tindakan itu perlu terutama jika pemimpin pembangkang yang dikaitkan terbukti merupakan pelaku dalam rakaman video itu kerana perbuatannya tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pemimpin.

“Saya bersetuju pihak yang menayangkan video itu patut diambil tindakan, tetapi ingin ditekankan juga kita harus tegas terhadap pelaku atau pelakon dalam video itu. Harus ada komitmen bahawa ia perbuatan yang jijik.

“Sesiapapun yang buat perkara itu apatah lagi melibatkan seorang pemimpin rakyat perlu dihukum sekeras-kerasnya,” katanya ketika membahaskan usul titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara, hari ini.

Mengenai isu rasuah, Mohamad Ezam menyarankan kerajaan supaya memberi beberapa insentif kepada kumpulan non-partisan seperti pertubuhan bukan kerajaan, individu atau generasi muda yang tampil untuk menangani isu rasuah di negara ini.

“Ini bagi menggalakkan mereka lebih gigih menjuarai persoalan mengenai rasuah, kerana kita tidak mahu ia hanya dikuasai oleh kelompok politik semata-mata kerana mereka ini cenderung untuk cepat menggunakan isu ini bagi kepentingan tertentu,” katanya.

Menurutnya, insentif kepada kumpulan non-partisan juga akan menjadi pemangkin kepada mereka untuk memperkasa serta menjadi pihak pendesak yang memperjuangkan isu-isu berhubung rasuah.

“Saya sedar ini bukan kerja mudah, tekanannya tinggi, sebab itu belum ramai yang mahu tampil ke depan dan bangkit berjuang secara efektif dalam soal rasuah. Sebab itu saya mencadangkan supaya kerajaan melakukan langkah bagi menggalakkan kumpulan tidak berkepentingan politik untuk menyertai usaha ini,” katanya.

Mohamad Ezam juga turut mencadangkan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Peguam Negara mempelbagaikan kaedah bagi menghukum perasuah seperti menggunakan akta selain daripada Akta Pencegahan Rasuah.

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...