Bersama Berjuang

Friday, March 18, 2011

SNAP SUDAH SEDAR. RAKYAT SARAWAK BAGAIMANA???

Rakus!  Itulah gambaran yang terbaik untuk PKR dalam menghadapi piliharaya Sarawak yang dijangkakan berlaku pada bulan hadapan.  

Tamakkan kuasa merupakan elemen yang penting pada PKR demi menjayakan cita-cita "anugerah tuhan", menjadi Perdana Menteri.  Mangsa terbaru mereka ialah SNAP, di mana teknik main tikam belakang telah digunakan. 

Kemelut di antara SNAP dan PKR ini menunjukkan sikap PKR yg tidak menghormati rakyat Sarawak.  Adat masuk ke rumah orang, tak mahu hormat beri je terajang.  Terajang hingga ke Sungai Rajang!  Apa yang tersirat ialah PKR menganggap parti itu sebagai teragung dengan meminggirkan parti SNAP yang telah lama bertapak di Sarawak.  Keinginan serakah PKR jelas menidakkan kehadiran parti-parti yang kononnya dianggap rakan, walhal PKR meletakkan martabat SNAP setaraf keldai!  

Sikap ingin mengkeldaikan pihak lain sebenarnya mudah untuk dihidu.  Rakyat Sarawak tidak perlu melihat jauh, cukup sekadar melihat PAS.  PAS adalah tunggangan ampuh PKR walau hakikatnya PKR hidup atas titik peluh dan kerja keras PAS.  Pemilihan PKR pada akhir tahun lalu menunjukkan jumlah ahli parti itu tidak mampu berdiri sendiri, apatah lagi menonggeng, pasti Anwar tidak menggeleng sambil menjeling!  

Belum pun mereka berkuasa di Sarawak, belang sebenar telah ditunjukkan.  Apakah jasa PKR di Sarawak yang terhegeh-hegeh muncul untuk memimpin?  Rakyat Sarawak jangan tertipu dengan permainan janji2 manis yang dilontarkan oleh pemimpin2 PKR.  Cukuplah rakyat di Semenanjung tertipu hidup-hidup dengan retorik serta pembohongan paling agung abad ini oleh PKR.   Sekali itu tertipu, dua kali itu bodoh.  Dan jangan sampai rakyat Sarawak tergolong dalam kategori dua kali itu!

Tindakan SNAP keluar dari Pakatan Pembangkang adalah sesuatu yang bijak demi meneruskan kelangsungan perjuangan parti itu.  Adalah lebih baik berdiri sendiri daripada terus menjadi hamba kepada kerakusan PKR.  

Keikhlasan yang dipamerkan oleh PKR pada awalnya hanyalah sekadar umpan yang berkail, andai termakan dan disentap maka tertusuklah perangkap itu lalu SNAP hanya seperti mayat hidup, hidup segan mati tak mahu!

SNAP sudah terkena, rakyat Sarawak bagaimana???

2 comments:

  1. well said bro. TQ for reminding us sarawakians.

    ReplyDelete
  2. Aisanda,
    Just do my part, the rest is belong to Sarawakians..

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...