Bersama Berjuang

Wednesday, March 16, 2011

NADI KASIH UNTUK RAKYAT: TERIMA KASIH DS NAJIB!!!


Confirmed!  Tg Karang mmg kubu kuat Barisan Nasional.  GT bukan takbur.  Ini terbukti apabila GT melihat sendiri betapa sambutan yang diberikan kepada YAB Perdana Menteri cukup meriah, dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat.  Yg pasti, khemah yang disediakan cukup banyak, khemah utama, khemah di sebelah kanan dan kiri tidak mampu menampung jumlah rakyat Malaysia, Melayu, Cina India dll yang mahu bersama-sama Perdana Menteri.  

GT anggarkan sekitar 20 ribu rakyat hadir di majlis ini.  Satu angka yang cukup membanggakan terutamanya apabila program dilancarkan waktu hari bekerja.

1 MALAYSIA!!!

Program Nadi Kasih adalah sebuah program di bawah 1 Malaysia Development Berhad, sebuah syarikat pembangunan strategik milik penuh Kerajaan.  GT difahamkan sejumlah RM 8 juta diperuntukkan untuk program ini dimana setiap rakyat yang layak akan mendapat bantuan sebanyak RM 5 ribu untuk penambahbaikan rumah.


Program ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menyediakan tempat tinggal yg selesa untuk rakyat.  Sebelum ini, PM telah mengumumkan skim rumah pertamaku yang dilancarkan untuk golongan muda.  Dengan program Nadi Kasih, golongan yang tidak berkemampuan membaiki kediaman usang dari pula dapat dibantu.  

Inilah bukti rakyat didahulukan, dgn melihat seluruh aspek sosioekonomi rakyat Malaysia.  

TERIMA KASIH PM!!!

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...