Di Tenang, GT melihat UMNO Johor seakan selesa dengan kedudukan mereka selaku kubu kuat UMNO. Perlu GT ingatkan, artikel ini adalah berdasarkan gerak kerja kempen yang dilakukan.
Wanita UMNO seperti yg GT sentuh sebelum ini, mmg sayap parti yang wajib diberikan kredit dan pujian kerana mereka all out!! Cara bekerja sistematik dengan statistik beserta semangat juang yg tebal spt yg ditunjukkan pada Gelombang Merah!!! Dari strategi hingga perang saraf, Wanita UMNO sapu habis. Tahniah kepada DS Shahrizat, Dato' Hamidah dan semua jentera Wanita UMNO PRK Tenang.
Namun, dimana hilangnya keperkasaan Pemuda UMNO??? Sumbangan mereka sgt minima. Adakah taraf Pemuda UMNO hanya memasang poster, bendera dan bermotorsikal sambil mengibarkan bendera??? Dimana kehebatan Gerak Gempur Pemuda BN???
Puteri UMNO tidak se gah pada kepimpinan yang lalu. Apa sudah terjadi??? Adakah menjaga daftar pemilih dan IT sudah cukup??? Mengapa tidak ada program khusus dari Puteri untuk berkempen??? GT hanya nampak beberapa petugas Puteri di pejabat UMNO Labis. Di tempat lain, tiada ternampak kelibat sang Puteri.
BN, khususnya UMNO perlu membuat post moterm tentang sumbangan tiap-tiap sayap parti. BN menang dengan majoriti yg lebih besar, ya, GT amat bersyukur. Tapi, adakah UMNO terus-terusan berharap kepada jentera Wanitanya sahaja sedangkan sayap parti yang lain juga mempunyai kekuatan masing2.
Maafkan GT andai ada yang terasa hati, ada yang tidak puas hati. Ini pemerhatian GT selama 10 hari di Tenang. Teguran ini adalah untuk mengembalikan kekuatan UMNO keseluruhannya. PRU semakin hampir, dan semua jentera parti wajib bersiap sedia.
Jangan terus dibuai mimpi indah atas kemenangan ini, sedangkan Merlimau menanti, PRU pula BN akan benar2 diuji!!!
well GT?
ReplyDeletewomen memang power :D