Bersama Berjuang

Tuesday, February 1, 2011

SELEPAS TENANG BHG 7: PENDEKATAN BERKEMPEN OLEH BN


Pendekatan berkempen BN yang mempunyai "personal touch" lebih disenangi oleh rakyat.  Wanita UMNO terutamanya sgt aktif turun dari rumah ke rumah untuk memahami masalah rakyat.  



Masalah banjir yg melanda sebenarnya memberi ujian kepada Wanita UMNO.  Mujur, dgn statistik di tangan, mereka cepat memberi bantuan kepada mangsa banjir.  Waima, kawasan yg jauh didalam estet sekalipun mereka redah demi menyampaikan bantuan banjir secepat yang mgkin. 



Strategi Gelombang Merah nyata memberi impak yang sangat besar pada masyarakat di Pekan Labis.  Selain dari itu, walkabout pemimpin2 BN seperti TS Muhyiddin Yassin, Dato' Ghani Othman dll memberi peluang kepada rakyat untuk berasa dekat dengan pemimpin negara.  


Penggunaan layar putih untuk menceritakan kedukaan kaum India di Kg Buah Pala yg dizalimi oleh DAP Pulau Pinang amat berkesan.  Janji yg dimungkiri, penipuan dan kezaliman DAP memerintah dapat dizahirkan dalam bentuk yg paling mudah difahami. 

Nantikan post moterm seterusnya...

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...