Bersama Berjuang

Wednesday, February 16, 2011

SEKITAR MAJLIS PERKASA KLANG 5000 AHLI PART 1


Pengerusi Perkasa Daerah Klang, Abu Bakar Yahya (ABY) berkata malam tadi bahawa Perkasa wujud untuk MEMPERTAHANKAN apa yang telah ditulis di dalam perlembagaan.  Juga, Perkasa bertujuan untuk menegur pemimpin2 Melayu yang lupa serta alpa apabila berkuasa, dan takut menggunakan kuasa yang ada untuk memperjuangkan agenda Melayu.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Kesyukuran 5000 ahli dan Penyerahan Watikah Perlantikan AJK Perkasa Daerah Klang di Restoran Makanan Laut De' Selat.  Turut hadir pada majlis ini ialah Datuk Ibrahim Ali, Tan Sri Onn Ismail selaku Penaung Perkasa Klang dan Abdullah Mansor.  

GT harus bersetuju dengan beliau bahawa terdapat segelintir pemimpin Melayu yang berkuasa, tetapi tidak tahu menggunakan kuasa atau takut untuk menggunakan kuasa.  Pada GT, adalah lebih baik gunakan kuasa sementara berkuasa, dgn syarat ia untuk Agama, Bangsa dan Negara.  

Hilang kuasa hilanglah suara.



Sementara itu, Abdullah Mansor pula menegaskan bahawa Perkasa Daerah Klang merupakan role model Perkasa untuk seluruh negara berikutan perjuangannya dalam mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu  dan orang Melayu yang diancam oleh Kerajaan DAP Selangor.  Perkasa Daerah Klang cukup aktif untuk turun padang bagi menyatakan kehaprakan Fuckatan bersama-sama Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS).  

Sehubungan dengan itu Perkasa akan menubuhkan Briged Perkasa Negara yang akan diserapkan dengan latihan RELA.  Perkasa Klang bakal menjadi perintis kepada program ini. 

Nantikan intipati ucapan Tok Him di Part 2.

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...