Bersama Berjuang

Wednesday, February 16, 2011

SEKITAR MAJLIS PERKASA KLANG 5000 AHLI PART 2


Tok Him menjadi perhatian semua semenjak tiba di majlis ini.  Beliau menyatakan rasa terkejutnya apabila mengetahui bahawa setiap ahli Perkasa yang hadir dikenakan bayaran RM25 seorang untuk jamuan makan bersamanya dan tiada paksaan dalam hal ini.  Sambutan kira2 500 ahli Perkasa membuatkan beliau cukup bersemangat dalam ucapannya.  Ini baru mewakili 10% dari jumlah ahli Perkasa Klang!  

Tok Him menekannya bahawa penubuhan Perkasa adalah demi survival orang-orang Melayu.  Beliau menegaskan bahawa tidak perlu takut atau malu memberitahu bahawa tanah ini tanah Melayu, bumi ini milik orang Melayu.  Sebagai bukti, berabad lamanya Sultan Melayu menjadi raja di tanah ini.  Apabila kemerdekaan dicapai, Sultan Melayu ditabalkan sebagai ketua negara; Yang Di Pertuan Agong.  

Taraf kewarganegaraan yang diberi adalah berdasarkan status kontrak sosial, seperti mana tercatat dalam perjanjian untuk kemerdekaan Tanah Melayu.  Kegagalan menguasai 30% ekonomi Malaysia membuatkan beliau ingin terus berjuang untuk memartabatkan ekonomi orang Melayu.  Inilah sebabnya Perkasa mahu agar Kerajaan tidak melupakan agenda untuk orang Melayu dalam sebarang pelan ekonomi negara.  

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Perkasa Daerah Klang dibawah pimpinan ABY yang bukan sahaja telah mencapai sasaran 5000 ahli, malah komitmen seluruh ahli Perkasa yang berjuang tanpa penat lelah demi Agama, Bangsa dan Negara. 

Kita kini hanya tinggal kuasa politik, yang akan menentukan survival orang Melayu.  Hanya yang cekal akan berjaya mencipta gemilang perjuangan.  


ABY pasti berbangga dengan pencapaian ini apatah lagi dengan komitmen ahlinya yang sgt2 komited terhadap perjuangan PERKASA walaupun perjuangan ini sebenarnya baru bermula.  

Dan GT telah dijemput untuk menyaksikan detik kebangkitan itu!!!






No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...